Thursday, February 14, 2008

Bahasa apa yang digunakan oleh Adsense?

Sebelum anda memulakan memblog, ada satu perkara penting yang anda perlu ambil kira…..pastikan bahawa blog anda menggunakan Bahasa yang disokong oleh program adsense….!!!!

Sekira nya anda mengunakan bahasa yang tidak disokong anda akan menerima mesej dibawah :

“Terima kasih, atas minat anda dalam Google Adsense. Dimaklumkan , selepas disemak permohonan anda, kami tidak dapat menerima permohonan anda buat masa ini.

Kami tidak meluluskan permohonan anda disebabkan perkara seperti dibawah

Isu :

-Bahasa tidak disokong


Bahasa Yang Disokong Oleh Adsense

Google AdSense menyokong beberapa jenis bahasa yang berbeza. Permohonan untuk menyertai program ini hendaklah menggunakan kandungan yang menggunakan bahasa:

Arab, Bulgaria, China (simplified), China (traditional), Croatia, Czech, Danish, Belanda, English, Finnish, Perancis, German, Greek, Hebrew, Hungari, Itali, Jepun, Korea, Norwey, Polish, Portugis, Romania, Rusia, Serbia, Slovakia, Spanish, Swedish and Turki.

Tambahan Bahasa Indonesia disokong untuk program “Adsense for Search”. Tetapi tidak disokong untuk program “Adsense for Content”

Sekira nya akaun adsense anda diterima, Adsense akan menentukan ads atau iklan yang sesuai dengan kandungan blog anda, walaupun blog anda menggunakan berbagai bahasa yang disokong.

Tidak mahir bahasa English , tidak mampu menulis dalam bahasa English, Jangan risau saya akan tunjukan cara bagaimana anda mampu untuk mendirikan blog di dalam bahasa Engish…Tunggu artikel saya yang akan datang.

AdSense dan Grafik

Satu lagi petua bagus daripada penulis blogger berpengalaman, untuk membuat duit dengan AdSense letakkan satu gambar atau grafik betul-betul di atas iklan Google AdSense. Google mensyaratkan anda untuk meletakkan sempadan di antara imej dan iklan itu tadi, supaya tidak nampak iklan dan imej tadi seolah menjadi suatu perkara yang sama. Tetapi, dengan meletak iklan betul-betul di bawah grafik, mata pembaca anda akan ditarik oleh grafik dan kemudian dengan natural kepada iklan anda. Ini boleh menjadi salah satu cara yang berkesan untuk meletak AdSense di blog anda! Cuma pastikan anda patuh pada syarat Google iaitu mengasingkan iklan daripada imej.

Contoh :


Lokasi, Warna Dan Jenis Terbaik Untuk Blok AdSense

Kedudukan iklan google adsense adalah faktor penting, untuk mengalakan pelawat klik pada iklan kita. Baiknya kedudukan iklan adsense anda bermakna peluang menjana pendapatan melalui iklan adsense anda berpotensi berada ditahap yang tinggi.

Iklan google adsense mempunyai pilihan format untuk kita pilih, mengikut tinggi , lebar, jenis dan warna.
  • Lokasi Iklan - "Di tengah, dan di atas tajuk posting adalah lokasi yang terbaik untuk meletakkan iklan anda. ataupun sekiranya anda mempunyai posting yang panjang, maka kedudukan iklan dibawah dan selepas posting anda, adalah lebih baik kedudukan nya. Google adsense mempunyai gambar rajah untuk menerangkan keadaan ini sila lihat dibawah : Dibawah merupakan susunatur biasa sesebuah blog, ia menunjukkan lebih pekat warna oren di gambarrajah tersebut, maka lebih besar peluang iklan adsense anda akan di klik.
  • Format Iklan - "Ada tiga format iklan adsense yang popular, iaitu 336x280, 300x250 medium rectangle dan 160x600 wide skyscraper.
  • Warna Iklan - Pilihlah warna iklan yang sama dengan warna latar blog dan warna tulisan blog anda anda. tunjukkan seolah-olah iklan adsene anda adalah merupakan sebahagian dari isi kandungan blog anda....
  • Iklan Blindness - sekiranya iklan anda berlawanan warnanya dengan latarbelakan blog anda, maka pengguna mudah untuk membezakan antara iklan dan isi laman blog anda. Jadi peluang iklan anda di klik adalah amat rendah. (Example)
  • Iklan Imej dan video - Mengikut pakar adsense Iklan imej dan video, adalah salah satu iklan yang perlu anda jauhi...jangan gunakan ia...kerana ia akan mengganggu pengunjung anda dan melambatkan proses paparan blog anda. Lagipun ia mengambil ruang yang besar untuk satu iklan..ia amat membazir..dan tidak efektif...
  • Iklan link unit - Iklan ini, akan memberikan pandangan, seolah-olah ia merupakan sebahagian dari link di blog anda..Selalunya pengguna akan mencari topik yang tertentu dan link unit adalah jawapan nya...Walaubagaimanapun sekiranya iklan ini diklik untuk kali pertama, ia akan membawa pengunjung ke satu senarai iklan yang lain...dan kemudian apabila pengguna mengklik pada salah satu senarai iklan tersebut barulah anda akan mendapat pendapatan dari klik tersebut...

Jenis-jenis Iklan Adsense

Terdapat 6 jenis iklan di google adsense :

1) Iklan Teks
2) Iklan Imej
3) Iklan Video
4) Iklan Link Unit
5) Butang rujukan /Refferal Button’s
6) Unit themes /Themes Unit


1) Iklan teks (12 jenis) :


1) Leaderboard (728 x 90)

2) Banner (468 x 60)

3) Half Banner (234x60)

4) Vertical Skyscraper (120x600)

5) Wide Skyscraper (160x600)

6) Vertical Banner (120 x 240)

7) Large Rectangle (336 x 280)

8) Medium Rectangle (300 x 250)

9) Square (250 x 250)


10) Small Square (200 x 200)


11) Small Rectangle (180x150)

12) Button (125x125)





2) iklan Imej ( 8 jenis)







1) Leaderboard (728 x 90)



2) Banner (468 x 60)



3) Skyscraper (120x600)



4) Wide Skyscraper (160x600)



5) Small Square (200 x 200)



6) Square (250 x 250)



7) Medium Rectangle (300 x 250)



8) Large Rectangle (336 x 280)







3) Iklan Video (7 jenis)






1) Leaderboard (728x90)




2) Skyscraper (120x600



3) Wide skyscraper (160x600)



4) Small Square (200x200)



5) Square (250x250)



6) Rectangle (300x250)



7) Large Rectangle (336x280)




4) Iklan Unit Link (12 Jenis)






1) (120x90) Displays up to 5 links



2) (120x90_4) Displays up to 4 links



3) (160x90) Displays up to 5 links



4) (160x90_4) Displays up to 4 links



5) (180x90) Displays up to 5 links



6) (180x90_4) Displays up to 4 links



7) (200x90) Displays up to 5 links



8) (200x90_4) Displays up to 4 links



9) (468x15) Displays up to 5 links



10) (468x15_4) Displays up to 4 links



11) (728x15) Displays up to 5 links



12) (728x15_4) Displays up to 4 links



5) iklan Refferal Button’s (7 Jenis)





1) 120x240 Firefox referral button



2) 125x125 Picasa referral button



3) 180x60 Pack referral button



4) 120x60 AdSense referral button



5) 110x32 AdWords referral button



6) AdSense referral text link



7) 468x60 AdWords referral button





6) Iklan Themes (2 jenis)


1) Halloween 2005 (160x600)



2) Thanksgiving 2005 (160x600)






Menyertai adsense menggunakan Bloggers

Bagaimana memohon akaun adsense melalui bloggers? anda hanya perlu mengikut cara-cara mudah dibawah :

1) Setelah membuat 3-4 postying di blog anda.

2) Log in ke akaun bloggers.t

Klik Gambar

3) Sekarang anda akan melihat bloggers "dashboard", Klik pada tab "layout".

Click picture to view

4) Sekarang anda akan nampak paparan “page elements” pada tab "template", Klik pada “add a page element”, pilih kawasan yang ingin anda letakkan iklan adsense.

Click picture to view

5) Window baru memaparkan "page element", Klik pada “add to blog” dibawah tajuk adsense.

Click picture to view

6) Sekarang anda boleh memilih apasahaja jenis dan warna iklan yang anda kehendaki.

Menyertai AdSense

Menyertai google adsense adalah mudah dan tidak dikenakan sebarang kos, anda hanya perlu mengikuti prosedur yang biasa :


1. Setelah anda membuat 3- 4 posting di blog anda, hantar permohonan anda di google adsense.




2. Tunggu e-mail pengesahan dari adsense (selalunya ia mengambil masa sekitar 2-3 hari, untuk diluluskan ataupun tidak)


3. Jika permohonan anda lulus, anda sudah boleh meletakankan adsense anda di blog.


4. Sekiranya blog anda bukan blog berbahasa engeris, sila pastikan bahasa yang digunakan adalah dari senarai bahasa yang diluluskan oleh pihak google adsense.

Tetapan Asas Blogger

Tab "Settings" dalam Blogger memberikan anda kawalan kepada Basic Settings (Kawalan Asas), Publishing (Penerbitan), Formatting (Pengformatan), Comments (Komentari), Archiving (Pengarkiban), Site Feed, E-mail (Emel) dan Permissions (Pengizinan) dalam blog anda. Di sinilah anda boleh menukar tajuk blog, membuat keterangan mengenai blog dan lain-lain pengubahsuaian yang menyentuh hal penampilan blog untuk anda dan pembaca anda.

Basic Seting Tab, paparan pertama yang anda nampak adalah Tajuk Blog (Blog title). Kemudian Penerangan blog anda (Disciption of your blog) kedua-duanya hendaklah di isi, kerana ia sangat membantu enjin mecarian mencari kandungan blog anda. Diikuti oleh menu Tambahkan blog anda dalam senarai kami? (Add your Blog to our listings?). Adalah amat perlu untuk kita menyenaraikan blog kita di Blogger untuk mendatangkan tambahan “Trafic”. Satu lagi perkara penting ialah untuk mengaktifkan Tunjukkan Email Post Link? (Show Email Post links?). Dalam keadaan asal menu ini disetkan kepada “tidak”. Ramai daripada kita mengabaikan menu ini, sedangkan ia adalah amat penting kerana kita tidak tahu mungkin ada orang yang akan mengemailkan nya kepada kawan mereka, secara tidak lansung ia akan mempromosikan blog anda. Yang terahir, jangan sesekali menggunakan atau mengklik pada menu Padam (delete).


Di muka kedua anda akan melihat Tab Penyiaran (Pubishing Tab). Terdapat dua menu disini, iaitu Alamat Blog*spot Address (Blog*Spot Addres), sekira nya anda sudah mempunyai rangkaian pengunjung yang setia, jangan sesekali anda menyentuh menu ini dan menu yang kedua pula ialah Hantar Ping (Send Pings) yang mesti ditanda kepada “Ya”. Ini akan membantu untuk menyenaraikan blog anda ke dalam Enjin carian dan sekiranya anda ada menghantar ke Technorati (akan dibincangkan kemudian) maka pilihan menu ini akan secara automatik menghantar “Ping” kepada Technorati dan halaman yang lain nya setiap kali anda mengupdated blog anda. Ini bermakna blog anda akan termasuk di dalam senarai pelbagai “updated terbaru” di web dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.



Tab Pengubahan (Formatting tab) mempunyai satu senarai menu yang panjang, tetapi yang paling penting ialah pada menu pilihan yang pertama. Kenapa ia penting? Menu ini memaparkan piihan kepada kita menentukan berapa banyak posting yang akan dipaparkan di muka pertama blog. Kadangkala ada pemilik blog , menetapkan ia sehingga 200 posting…tetapi ia akan mengakibatan blog anda menjadi amat lambat dan lembab, perkara ini akan menyebabkan pengunjung meninggalkan blog anda. Pilihan yang bertepatan adalah sebanayak 7 post, bergantung berapa panjang entri anda.


Kemudian diikuti pula oleh Tab Ulasan (Comment Tab) , anda mesti memastikan bahawa menu ulasan (comment) diaktifkan. Anda juga harus mengaktifkan “tunjuk dan benarkan backlink” (show and allow backlinks) dimana ia bersangkutan dengan setting email di tab Setting asas (Basic setting Tab) dan ia akan membantu anda mendapatkan trafik ke laman blog anda. Topik Backlink akan saya terangkan pada masa yang lain. Untuk mengelakkan serangan spam , di sini terdapat dua menu untuk dipilih , samada anda boleh mengaktifkan menu verification for comments? atau mengaktifkan comment moderation?. Tetapi harus diingat, bahawa word verification for comments? akan menyukarkan pengunjung blog untuk memberi komen kerana terpaksa menaip kata laluan dahulu, pilihan yang baik ialah “moderate comment”, dimana anda boleh menapis sebarang komen sebelum diluluskan.


Di dalam pilihan Tab Arkib (Archiving Ttab), pilihan asal sudah mencukupi.

Tab Site Feed adalah amat penting , ia juga bagus untuk blog anda dan menambahkan bilangan pembaca blog, dimana ia akan menggalakkan pengunjung untuk melanggan “feed” anda dan membaca entri tanpa melawat blog anda. Nanti..tentu anda akan bertanya untuk apa pengunjung hendak dating ke blog anda sekira nya mereka boleh mendapatkan kemudahan dan keselesaan membaca bahan blog anda dari sumber yang lain? ‘Feed” memang boleh menambahkan bilangan pelawat ke laman blog anda dengan cara penyampaian mulut kemulut. Dimana anda akan memberikan sebahagian dari “feed” anda dan mereka pasti mengali dan mendalami lagi isi blog anda. Blogger ada menyediakan Atom feed sebagai setting asal anda boleh juga menambah produk yang lain. Tidak kira apa jua jenis fedd yang anda guna, Atom atau RSS , anda sepatut nya mengaktifkan sepenuh nya “feed” anda.

* Feed burner akan dibincangkan dalam topik yang lain.

Tab Email juga sangat membantu anda. Blogger yang cerdik akan memastikan setiap entri mereka “dibackup” , dan blogger telah memudahkan kerja anda. Isikan alamat e-mail anda dalam kotak “Blog send Address” dan Blogger akan menghantar setiap entri anda yang di post ke dalam email anda. Anda juga boleh mengkhaskan sebuah “folder” untuk setiap e-mail dari blog ini. Satu lagi cara ialah membuat satu email baru yang dikhaskan untuk “backup” segala posting dari blog anda.

Akhir sekali Tab Kebenaran (Permission Tab). Di sini anda boleh menetapkan blog anda untuk menjadi sebuah “Team blog” , di mana ahli boleh , mengubahsuai kandungan blog tersebut. Di dalam menu Pembaca blog (Blog reader), anda mesti menetapkan pilihan untuk membolehkan semua pengunjung membaca kandungan blog anda.

Mendaftar blog di blogger

Blog Blogger.com mempunyai antaramuka yang mudah dikendalikan, maka tidak hairanlah Blogger menjadi platform blog yang sangat dewasa ini. Sekira nya anda berminat untuk memulakan langkah pertama membina blog menggunakan Blogger, dibawah ini ditunjukkan langkah-langkah awal membina blog.

1) Intro

Pergi ke laman web Blogger.com dan klik pada butang anak panah yang berwarna oren yang bertulis "Create Your Blog Now"


2) Masukkan Informasi Anda

Masukkan nama pengguna (username), kata laluan (password), Taip kembali kata laluan (retype password), Paparan nama (display name) dan alamat email anda. Klik pada kotak penerimaan syarat (Terms of Service) dan Klik anak panah oren bertulis “continue”.

3) Beri nama blog anda

Namakan Blog anda dengan, memasukan tajuk blog, alamat url laman anda dan klik pada “check availability” untuk memastikan nama alamat url anda masih tidak digunakan. Sekira nya pilihan alamat url anda sudah digunakan maka pilih nama lain yang masih tidak digunakan selepas semuanya selesai maka masukkan abjad pengesahan yang tertera di kotak yang disediakan dan tekan anak panah oren yang bertulis “continue” .


4) Templates

Pilih template dari mana-mana pilihan template yang disediakan.

Mulakan Posting

Anda sekrang sudah sedia untuk melakukan posting. Letakkan tajuk, masukkan ayat dan klik “publish”.

Berapa Banyak Duit Yang Boleh Dijana Melalui AdSense?

Semua ini kelihatan senang setakat ini dan anda tentu mahu tahu banyak mana duit yang boleh anda peroleh melalui AdSense dan Carian untuk AdSense, bukan ? Jawapannya adalah bergantung ...

Jika seseorang memberi jawapan selain daripada ini, bermakna dia penipu! Google tidak mengumumkan berapa banyak yang telah dibayar untuk klik yang dibuat. Duit yang boleh anda buat melalui AdSense dan Carian untuk AdSense banyak bergantung kepada jumlah trafik laman anda dan berapa banyak anda mendapat klik pada ikian Google. Semakin banyak pengunjung ke laman anda, semakin tinggilah potensi klik yang akan anda terima. Tiada siapapun yang tahu berapa ramai pengunjung akan klik pada iklan anda. Adalah mustahil untuk mengetahuinya.

Apa yang diketahui kebanyakan orang dengan pasti tentang AdSense ialah ada sesetengah klik akan dibayar beberapa sen dan selebihnya akan dibayar beberapa ringgit untuk satu klik. Semuanya bergantung pada topik yang spesifik dan kata kunci yang spesifik untuk ikian . Atas sebab-sebab yang jelas, Google tidak memberitahu klik yang mana akan dibayar lebih atau kurang. Ini adalah salah satu perkara yang anda perlu cuba dan teka.

Satu perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk menjamin pendapatan yang bagus daripada AdSense ialah menyediakan blog yang bermutu dengan topik yang baik, selalu mengeposkan penulisan yang berkualiti, dan mempromosikan laman untuk mendapatkan pengunjung seramai mungkin. Dengan cara ini , anda akan memperoleh sebanyak mungkin duit daripada AdSense tanpa perlu membuat tipu helah dengan Google dan pembaca anda.

Progam Carian AdSense

Google juga menawarkan program tambahan kepada AdSense yang dinamakan "Carian untuk AdSense". Program ini membenarkan anda menjadi hos bagi kotak carian Google pada laman atau blog anda. Apabila pengunjung membuat carian melalui kotak carian di blog atau laman anda, anda akan dibayar sekiranya mereka membeli sesuatu dalam talian daripada carian tersebut . Google tidak membayar anda atas carian yang dibuat tetapi pembayaran dibuat atas pembelian yang dibuat pada mana-mana tempat hasil carian daripada laman web anda.

AdSense for Search dapat menjadi penjana pendapatan yang hebat untuk anda. Andaikan topik blog ialah tentang membaiki peralatan. Seseorang telah menemui laman anda dan dia mencari maklumat tentang masalah mesin basuh yang sedang dihadapinya. Anda mempunyai kotak carian Google pada blog anda. Setelah pengunjung membaca cadangan dan saranan anda, dia membuat keputusan untuk membeli mesin basuh baru. Mungkin anda ada membuat ulasan tentang mesin basuh yang bagus, yang mungkin dia akan pertimbangkan untuk membelinya. Jika dia membeli mesin basuh tersebut anda akan memperoleh sedikit hasil daripada pembelian tersebut kerana cariannya bermula di blog anda. Hebatkan? Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menjadi hos bagi kotak carian di blog anda!

Peraturan AdSense

Apabila anda mendaftar AdSense di Google, anda akan diminta untuk membuat persetujuan dengan perjanjian syarat perkhidmatan. Perjanjian ini perlu anda baca dan fahami segala yang terkandung di dalamnya.

Google mempunyai peraturan yang terperinci tentang apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan dengan ikian AdSense dan Google amat serius dengan peraturan mereka. Contohnya, anda tidak dibenarkan meminta pembaca anda mengklik pada pautan iklan AdSense. Anda dilarang mengklik pautan AdSense pada laman anda sendiri. Anda juga dilarang meletakkan pautan AdSense Google pada mana-mana laman, pop-pups, pop-unders yang mempunyai bahan lucah. Anda hanya dibenarkan untuk meletak tiga kotak AdSense pada setiap laman web. Dengan memahami syarat dan peraturan perjanjian AdSense, is akan dapat membantu anda beretika dalam mendapatkan keuntungan dengan program ini. Jika anda tidak mengendahkan syarat dan peraturan perjanjian tersebut, banyak masalah yang akan timbul dan ands mungkin anda akan diberhentikan daripada program ini buat selama-lamanya.

Google dapat mengesan laman yang direka dengan pelbagai isi kandungan yang remeh yang bertujuan untuk mendapatkan klik bagi AdSense. Google tidak menyukai splog dan akan menghambatnya dengan begitu hebat dan menggalakkan penulis blog untuk melaporkan kepada Google sekiranya mereka menemui splog dalam talian. Laman jenis ini biasanya meniru isi kandungan daripada laman lain, dan meletakkannnya pada laman mereka semata-mata untuk mendapat tempat bagi AdSense. Ini adalah bertentangan dengan polisi Google dan mereka akan menarik balik iklan AdSense daripada laman ini bila mereka dapat mengesan dan menemuinya. Sebagai penulis blog yang beretika, perkara seperti ini adalah baik untuk anda kerana ini akan dapat menghalang splog daripada mendapat kedudukan yang tinggi dalam carian berbanding blog anda yang sebenar dan sah, yang mana anda telah menghabiskan masa untuk membina dan mengemaskinikannya.

AdSense Untuk Menghasilkan Pendapatan

Banyak laman web dan blog menggunakan AdSense untuk mendapatkan pendapatan. AdSense adalah bagus untuk mendapatkan pendapatan kerana ia menyelaraskan iklan dengan isi kandungan laman web anda. Dengan hanya sekali pasang, AdSense juga memberikan anda peluang untuk menjual ruang iklan dan selepas itu boleh melupakannya, hanya perlu selaraskan sedikit lokasi blok iklan AdSense dalam laman web anda. Pendapatan pasif adalah pendapatan yang terbaik kerana ia membebaskan anda untuk melakukan kerja lain sementara AdSense sibuk menjanakan wang untuk anda.

Jika anda meluangkan sedikit masa dalam proses meletakkan kotak iklan AdSense dalam laman anda, dan memastikan tajuk dan isi kandungan penulisan anda adalah selari dengan topik blog, makan anda boleh membuat duit dengan AdSense tanpa perlu berfikir panjang lagi. AdSense merupakan punca pendapatan pasif yang sungguh hebat. Pendapatan pasif adalah sangat berharga dan sangat panting. Pendapatan pasif ialah menerima duit tanpa membuat kerja setiap hari. Ia merupakan satu kerja di mana anda memulakannya sekali sahaja, kemudian anda boleh berehat dan menerima duit daripadanya dari semasa ke semasa.

Salah satu cara untuk menerbitkan blog yang menghasilkan duit dengan jayanya ialah dengan mencari topik yang unik bagi blog anda . Mencari topik yang unik bermaksud anda tidak perlu memiliki banyak laman web untuk bersaing dalam enjin carian. Dengan cara ini, anda dapat menarik ramai pengunjung natural ke blog anda melalui enjin carian dan kemudiannya mereka akan mengklik pada iklan AdSense anda.

Terdapat pelbagai buku yang ditulis untuk mencari "topik" yang akan menjadikan sebuah blog terbaik untuk menghasilkan duit. Namun, cara yang paling mudah ialah dengan mencari topik yang anda minat dan lihat berapa banyak laman yang berkaitan di dalam hasil carian Google, semakin sedikit laman, semakin baik topik tersebut. Anda perlu faham bahawa apa saja topik yang anda cari, hasillnya adalah bertan-tan. Carian topik yang hasilnya lebih rendah daripada dua juta berkemungkinan menjadi pilihan yang baik bagi topik blog anda. Jika hasil carian melebihi sepuluh juta, is bukanlah topik yang terbaik untuk dipilih.

Jika anda memilih topik cacing bagi blog anda, ianya lebih mudah untuk mendapat kedudukan yang lebih tinggi dalam enjin carian berbanding dengan topik komputer. Terdapat berjuta-juta laman mengenai komputer, laman yang cukup besar yang dikhaskan untuk topik ini. Anda perlu bersaing dengan hebat untuk mendapat kedudukan yang tinggi dalam topik ini . Kenapa perlu bersaing dengan IBM dan DELL bila mana anda boleh mencari sesuatu topik yang lebih mudah untuk blog anda? Adalah tidak munasabah jika anda masih hendak mencubanya. Berpeganglah pada kata kunci yang sedikit hasil cariannya dan ands akan lihat perjalanan dan pendapatan AdSense Iebih bagus.

Daripada Manakah Datangnya Iklan?

Wajarlah saat ini anda mungkin tertanya-tanya daripada manakah datangnya iklan yang Google paparkan. Google mempunyai satu lagi program yang dipanggil AdWords dimana syarikat perniagaan dan individu boleh mengiklankan laman web mereka melalui AdSense. Pengiklan dijamin bahawa iklan mereka akan dipaparkan dalam laman

web yang relevan dengan produk atau servis yang mereka tawarkan. Sepertimana AdSense menjimatkan masa daripada mencari pengikian untuk laman web anda, AdWords juga menjimatkan masa, tenaga dan wang bagi perniagaan yang mahukan ikian mereka diikiankan di laman web yang relevan tanpa mereka sendiri perlu mencarinya.

Dengan menggunakan program AdWords, perniagaan dan individu membeli ikian AdSense dalam kadar yang banyak dengan membidanya. Amnya, sebuah perniagaan akan membayaruntuk 500-1000 iklan dalam satu-satu masa. Berdasarkan kata kunci yang ditetapkan, sebuah perniagaan membenarkan AdSense memaparkan iklannya dalam laman web yang akan menarik minat pembaca yang bakal menjadi pelanggannya.

Mengambil contoh sebelum ini, blog tentang ayam, jika anda seorang peniaga ayam telur atau pembekal peralatan aksesori industri ayam, anda akan mahu ikian dipaparkan dalam blog tentang ayam. Inilah yang dilakukan oleh AdWords dan AdSense. Ia melakukannya dengan balk sekali bagi pihak pengikian dan pemilik ruang ikian. Perniagaan ayam telur mahukan pencinta ayam dan, blog tentang ayam adalah tempat yang mudah untuk jumpa mereka. Blog itu Pula mahukan ikian yang menarik perhatian pencinta ayam dan, ikian perniagaan ayam telur adalah salah satunya.

Sepertimana AdSense boleh menjadi cara yang balk untuk buat duit daripada pengikianan, AdWords juga boleh menjadi cara yang balk untuk mengikiankan perniagaan atau pun blog anda! Sekiranya anda mencari pengunjung trafik sasaran, tiada cara yang Iebih balk daripada AdWords di mana is akan memaparkan ikian dalam laman


web yang relevan? Hanya inilah cara yang paling mudah. Sekiranya blog anda mempunyai topik yang unik dan susah untuk dapat trafik, anda boleh membeli pengiklanan AdWords dan pautan blog anda akan dipaparkan dalam laman yang relevan dan ini akan menghasilkan trafik tambahan. Dengan itu, anda akan mendapat lebih banyak klik pada iklan AdSense dan berkemungkinan besar akan mendapat duit yang lebih banyak daripada kos pengiklanan AdWords itu tadi.

Bagaimana AdSense Tahu Iklan Yang Akan Dipaparkan?

Enjin AdSense Google kerap menghantar botnya, dipanggil Googlebot, untuk melawat laman web anda dan menganalisa akan halamannya. Bot ini adalah hanya satu program yang membaca laman web anda. Googlebot akan melihat kata kunci anda, struktur dan format web, bahasa yang digunakan dsb...Berdasarkan makiumat ini, Google kemudiannya akan menghantar iklan AdSense yang mungkin mempunyai daya tarikan yang kuat supaya pengunjung akan mengkliknya.

Googlebot juga akan memberitahu AdSense sekiranya blog anda ditulis di dalam bahasa lain selain daripada Bahasa Inggeris . Dengan ini, iklan AdSense yang akan dipaparkan akan mengikut bahasa yang terdapat dalam laman anda. Tidaklah begitu elok sekiranya iklan Bahasa Inggeris dilihat pada laman Sepanyol dan sebaliknya . AdSense boleh didapati dalam pelbagai bahasa dan kawasan diseluruh dunia. Iklan yang akan dipaparkan di blog anda adalah daripada kawasan anda sendiri dalam bahasa tempatan .

Semakin lama laman anda wujud, dan semakin lama Googlebot memeriksa laman anda, semakin banyak iklan yang berkait rapat dengan isi laman anda akan dipaparkan. Pada awalnya, bot mungkin silap mentafsirkan maksud blog anda jika anda tidak melakukan kerja yang baik dengan meletakkan pelbagai kata kunci yag relevan. Jika anda mempunyai blog tentang kopi, tetapi anda banyak bercerita tentang anak anda dalam mesej yang diposkan, anda mungkin akan menerima iklan yang menarik minat pembaca tentang blog kanak‑


kanak. Jika anda ingin membuat duit melalui blog, selalunya anda perlu tetap pada satu topik supaya Googlebot dapat membaca dan mengenal pasti ikian yang sesuai untuk dipaparkan dalam blog anda.

Dengan mengetahui tahap standard yang dicari oleh Goolge pada website anda melalui Googlebot, dan memastikan blog anda memenuhi standard tersebut, menjadikan AdSense berkesan untuk anda . Atas sebab yang tidak diketahui, AdSense Iebih menyukai laman yang mempunyai Iebih banyak tulisan berbanding gambar. Googlebot juga melihat tulisan yang Iebih besar dan berhuruf tebal (bold) adalah Iebih panting berbanding tulisan yang biasa. Ini bermakna mengepos kata kunci yang besar dan berhuruf tebal akan membantu AdSense mengenalpasti subjek pada blog anda dengan Iebih balk . Ini juga bermakna anda perlu mengurangkan penggunaan gambar dan penulisan perlulah selalunya berkaitan dengan topik biog. Jika anda mahukan blog yang mempuyai banyak gambar, anda mungkin boleh memulakan blog kedua dan kemudiannya membuat pautan pada kedua-dua blog tersebut pada hos yang sama .

Satu petua untuk penulis blog ialah memastikan setiap mesej yang diposkan ke blog dimulakan dengan tajuk yang besar dan berhuruf tebal.Ianya sungguh cepat dan mudah untuk dilakukan dan sangat berkesan bagi AdSense. Jika blog anda adalah tentang katak, dan

anda meletakkan perkataan katak pada tajuk dengan besar dan berhuruf tebal pada permulaan mesej yang diposkan, Googlebot akan memahami bahawa blog anda adalah tentang katak. Dengan mengambil sedikit masa untuk melakukan perkara yang mudah ini akan dapat memastikan Googlebot memahami isi blog anda dengan Iebih cepat dan akan memaparkan ikian AdSense yang berkaitan. Ia


akan kelihatan natural sahaja dan tidak akan mengganggu pembaca. Ianya juga lebih menjimatkan masa daripda menggunakan cara yang lain oleh penulis blog seperti kata tag khas atau enjian carian.

Satu lagi petua AdSense yang bagus ialah anda pastikan kata kunci dalam topik anda digunakan lagi dalam isi kandungan. Sebagai contoh, jika blog anda tentang "ayam", mesti pastikan perkataan ayam tertulis dalam semua tajuk mesej biog. Anda juga mesti pastikan telur ayam, bulu ayam dan perkataan lain yang berkaitan, disebut seberapa banyak yang mungkin dalam isi mesej. Semakin banyak kata kunci tertulis dalam tajuk dan mesej yang relevan, semakin mudah AdSense untuk hanya memaparkan iklan yang relevan sahaja. Anda akan mendapat kadar click through yang lebih tinggi daripada iklan yang relevan dengan tajuk biog. Cuba ingat kembali semasa anda klik pada iklan Google AdSense di laman web orang lain. Terus terang dikatakan, adakah anda mengkliknya kerana is relevan dengan topik yang dibincangkan? Sudah semestinya!

Walaupun begitu, anda tidak mahu bebankan mesej-mesej blog dengan kata kunci yang banyak. Pembaca mahu tahu bahawa anda menulis bukan untuk buat duit tapi untuk mereka baca. Dengan menulis ayat yang berbunyi; " ....ayam dalam reban ayamku dalam proses menetaskan lebih banyak telur ayam..." menyerupai satu ayat. Saya cuba gunakan perkataan "ayam" seberapa banyak yang mungkin. Memanglah mesti ada keseimbangan di antara mesra pembaca dan mesra Googlebot yang menentukan iklan AdSense di laman web anda. Daripada menyumbat dengan kata kunci yang banyak, cuba buat lebih banyak ayat atau gunakan kata kunci dalam tajuk dan perbanyakkan lagi ayat dalam mesej pos ands.


Anda juga tidak mahu tampil seolah anda dirikan blog dengan beberapa kata kunci hanya untuk AdSense. Anda juga tidak mahu tiru isi kandungan daripada laman percuma seperti wikipedia. Blog seperti ini dipanggil splog (singkatan spam dalam blog) dan melakukannya akan menyebabkan anda terkeluar dari program AdSense dan juga Blogger. Anda perlukan isi kandungan blog yang asli dan baik, bukan hanya beberapa kata kunci. Dengan splog, untuk seketika anda boleh dapat kedudukan enjin carian yang tinggi tapi mengapa pembaca mahu melawat atau kembali ke blog anda jika ia hanya mengandungi beberapa kata kunci dan iklan untuk diklik?

Googlebot akan mengambil masa untuk melawat laman web anda dan menentukan topik utamanya. Jika laman web anda baru pada AdSense, Google tidak akan meneka topic laman anda tapi ia akan meletakkan iklan meminta sumbangan atau servis pemberitahuan umum supaya tidak membazirkan wang pengiklanan klien Adword. Ini adalah suatu yang bagus untuk anda. Perkara yang terakhir anda mahukan ialah melihat iklan di blog yang tiada langsung relevan dengan topiknya. Dengan meletakkan iklan neutral, Google telah menyelesaikan masalah ini.

AdSense Sebagai MesinPenghasilan Wang

Program Google AdSense membenarkan anda menjual ruang iklan laman web untuk pengiklan lain. Menempatkan iklan AdSense pada laman web atau blog anda adalah 100% percuma dan ia adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan wang.

Bagaimana anda memperoleh wang daripada Google AdSense? Mudah saja, setiap kali seseorang klik pada iklan AdSense di blog anda, Google membayar anda. Tindakan seseorang mengklik pada iklan dipanggil "click through." Pengunjung mengklik pautan AdSense di laman web anda dan pergi ke laman web lain. Google membayar anda untuk setiap click through ini kerana pengiklanan mereka berjaya menarik minat pengunjung blog anda. Anda dibayar kerana bersetuju menghoskan iklan dan menyajikan kandungan yang bernas supaya mendapat iklan yang tersasar serta pengklikkan ke atasnya.

AdSense adalah cara yang amat popular untuk mendapatkan wang kerana ia mudah dipasangkan dan digunakan, terutamanya blog daripada Blogger. Kenapa? Jawapannya mudah saja; Blogger dan AdSense dimiliki oleh Google, jadi kedua-keduanya telah diprogramkan untuk berkerjasama dengan baik. Google mahukan anda meletakkan iklan AdSense jadi Google memudahkan cara untuk meletakkan blok iklan dan juga memberikan penampilan yang menarik serta boleh disebatikan dengan tema blog anda. Google faham,


dengan cara ini akan meningkatkan nisbah click through dan mahu membantu anda memperoleh wang sebanyak yang mungkin.

AdSense juga sangat popular kerana membolehkan anda jana pendapatan tanpa perlu mencari pengiklan anda sendiri. Bayangkan segala kerja yang perlu dikerjakan untuk mencari perniagaan lain mengiklankan produk, yang akan menarik minat pengunjung yang khusus melawat laman web anda. Daripada anda berbuat demikian, Google membawa mereka kepada laman web anda untuk pengiklanan. Prosess ini menjimatkan masa dan juga memberikan keuntungan yang banyak. Ia juga mendatangkan pengiklan yang bermutu tinggi. Kebanyakan syarikat gergasi dunia iklan melalui Google!

AdSense intuitif, maksudnya is membaca isi laman web atau blog kemudiannya memilih iklan yang relevan sahaja untuk dipaparkan. Jadi jika anda mempunyai blog tentang kucing, AdSense tidak akan memaparkan iklan tentang peluang kerjaya dari rumah. Iklan AdSense amatlah hebat kerana relevan dengan topik dan isi laman web anda dan ini bermakna peluang pembaca mengkliknya adalah cerah.

Bagaimana AdSense berfungsi adalah dengan hanya memaparkan iklan yang berkaitan dengan topik yang anda tulis. Sebagai contoh, dalam blog tentang anjing, AdSense akan memaparkan iklan seperti makanan peliharaan haiwan, kursus melatih anjing dan pelbagai produk dan servis yang relevan, yang akan menarik minat pengunjung untuk mengkliknya. Anda tidak akan nampak iklan yang tidak relevan seperti produk melangsingkan badan atau skim cepat kaya.


Tambahan pula, apa yang membuatkan AdSense hebat ialah kebolehannya menjadi sebati dengan tema dan penampilan laman web atau blog anda. Ini membuatkannya kurang nampak seperti suatu iklan tapi natural dengan blog anda. Walaupun pengunjung laman web atau blog tidak mahu lihat iklan secara terang-terangan, mereka melihat iklan AdSense sebagai sebahagian daripada isi kandungan atau pautan. Dua sebab mengapa ini balk. Pertama, anda tidak mahu dilihat seperti orang yang mengambil kesempatan daripada pembaca. Kedua, blog anda tidak nampak penuh berserabut dengan iklan. Anda tidak mahu pengunjung nampak beberapa jenis iklan seperti di papan kenyataan tapi iklan yang sebati dengan warna dan topik yang dibincangkan. AdSense melakukan kesemua ini dengan balk sekali dan prosess ini amatlah mudah dengan blog yang disediakan oleh Blogger.com.

AdSense tidak membenarkan anda memilih iklan untuk dipaparkan, tapi is memastikan iklan yang dipaparkan menepati isi kandungan laman web. AdSense juga membenarkan anda menghalang iklan pesaing daripada dipaparkan di laman web. Jika blog anda menjual goat cheese (sejenis keju yang khusus), maka anda tidak sekali mahu iklan pesaing anda muncul. Google memahami perkara ini dan itulah sebabnya is memberikan fungsi halangan ini. Fungsi ini boleh dilakukan di konsol AdSense dan kits akan menceritakannya kemudian dalam eBuku ini.

Menjana Pendapatan Melalui Blog Percuma

Sekira nya anda baru mencari kaedah menjana wang melalu internet dan dimasa yang sama anda mempunyai modal yag kecil atau lansung tiada maka “Memblog” adalah jalan yang terbaik untuk anda bermula.

“Memblog” akhir-akhir ini amat popular, kerana ia adalah percuma dan tidak memerlukan kepakaran teknikal untuk memulakan nya. Apa itu Blog? Blog merupakan sebuah laman web yang mudah yang kebanyakan orang boleh membina nya hanya dengan beberapa minit sahaja. Kebanyakan orang menggunakan blog untuk membuat catatan Jernal, diari harian malah ada yang menghasilkan Blog untuk tujuan peniagaan.

Anda mesti tertanya bagaimanakah kita boleh menjana wang melalui Blog? Jawapan nya adalah dengan hanya meletakkan “Google Adsense” di dalam blog anda dan selain itu mempromosikan program “affiliate” atau program "lain" nya Untuk tujuan ini anda akan menggunakan “Bloggers” sebagai platform blog , Kenapa menggunakan “Bloggers”? Jawapan nya ialah kerana "Bloggers" adalah milik Google yang juga pemilik Program “Adsense”. Saya akan menunjukkan cara-cara untuk anda menjana wang melalui Blog.

Nama Yang Sesuai Untuk Blog Anda

Memilih nama yang sesuai untuk blog anda, adalah suatu perkara yang amat penting. Pilihan nama blog yang betul boleh membezakan di antara blog yang menyerlah dan blog yang tidak menyerlah. Terdapat beberapa elimen penting dalam merangka nama untuk Blog anda antaranya :

1- Ejaan

Adalah penting nama untuk blog anda mudah untuk dieja. Sekira nya pengunjung blog anda tersalah eja nama blog anda, bermakna jumah pengunjung blog anda akan berkurang. Ini adalah kerana ejaan blog yang salah menyebabkan pengunjung sukar untuk ke blog anda.

Kesalahan mengeja nama blog anda akan menyebabkan pengunjung merasa keliru dan mengalami kesukaran untuk menaip alamat “url” laman anda semasa mereka mencuba untuk mengakses laman blog anda.

Pastikan nama blog dan alamat “url” anda tidak mengandungi aksara yang ganjil dan terdapat terlalu banyak kombinasi nombor. Kerana aksara yang ganjil dan kombinasi nombor akan menyebabkan pengunjung sukar mengingati alamat “url” blog anda untuk kunjungan kali kedua.

Tidak semua pengunjung akan “Bookmark” laman blog anda pada kunjungan yang pertama. Mereka biasa nya hanya akan melakukan "Bookmark" setelah beberapa kali siri kunjungan ke Blog anda.

Jadi, pastikan Blog anda mempunyai nama yang pendek, mudah dieja, tidak terlalu banyak mengandungi aksara yang ganjil dan tidak mengandungi terlalu banyak kombinasi nombor.

2- Isi Topik

Satu lagi elemen penting dalam menentukan nama blog anda ialah isi topik blog tersebut. Nama blog bukanlah hanya bermakna dengan meletakkan nama pemilik blog atau “blog” itu sahaja, tetapi nama blog mestilah berkaitan dengan topik yang dibincangkan di blog tersebut.

Ramai pemilik blog mempunyai beberapa blog yang mengandungi topik yang berbeza bagi setiap blog mereka.

Oleh itu adalah amat mudah untuk pengunjung mengingati nama blog anda sekira nya ia serupa dengan isi topik blog tersebut.

3- Keupayaan mengingat

Adalah amat mudah untuk mengigati nama blog yang pendek, mudah dieja dan berkaitan dengan topik. Oleh itu keupayaan mengingat pengunjung adalah amat penting. Para penulis blog (Bloggers) biasa nya mahu pengunjung menyebarkan tentang topik perbincangan blog mereka serta nama blog tersebut. Sekira nya nama bog anda terlalu panjang, ini akan menyebabkan pengunjung akan melupakan nya.

4- Daya Tarikan

Fokus harus diberikan untuk memastikan nama blog anda berjaya menarik perhatian pengunjung. Nama Blog anda seharus nya akan menyebabkan pengunjung akan merasa tertarik dan ingin tahu apakah yang ditulis di dalam blog anda. Seterusnya akan menarik pengunjung melawat ke blog anda. Pegunjung akan menilai sejauh mana keberkesanan gaya penulisan anda dan betapa penting nya maklumat yang boleh di dapati di dalam blog anda Sekira nya blog anda amat membosankan pengunjung pasti akan menghindari blog anda.

5- Enjin Pencari

Tidak kira sebagus mana pun nama blog anda, pasti tiada pelawat yang akan mengunjunginya jika mereka tidak tahu di mana "pintu masuk" nya. Maka adalah amat penting blog anda mempunyai “kata kunci”. Sekiranya “kata kunci“ blog anda tidak selari dengan nama blog, maka seharus nya nama blog anda mestilah pendek dan mudah dicari. Contoh nya sekira nya terdapat blog berkenaan “Wang” maka menamakan, “Blog Wang Emilia” lebih mudah dicari berbanding nama “Blog Membuat Wang Emilia”.

Antara topik penting untuk dibincang :

1) Niche

2) Kata kunci yang bernilai tinggi

3) Jumlah Carian Kata Kunci yang tinggi

4) MetaTag

5) Mendaftar URL Blog di Enjin Pencari

Masa Depan Penulisan Blog

Walaupun tiada siapa yang tahu masa depan penulisan blog, tapi saya agak pasti bahawa banyak perkembangan yang hebat akan berlaku. Kebolehan memasukkan audio dan video dalam blog menjadikan blog anda sangat peribadi dan akan mengagumkan pengunjung anda.

Sebenarnya anda boleh memiliki siaran televisyen atau radio sendiri melalui biog. Bayangkan pergambaran secara langsung satu jenayah atau peristiwa ditunjukkan dalam blog anda sebelum mana-mana stesen berita dapat menerbitkannya! Dan yang paling syok sekali, anda boleh melakukan apa saja dalam blog dengan percuma atau pada kos yang rendah!

Walaupun penulisan blog masih baru, ada beberapa blog yang jauh lebih baik mendidik dan menghibur pengunjung daripada laman web biasa. Zaman membina laman web dan tidak mengemaskinikannya sudah berakhir, sama ada untuk perniagaan mahu pun laman web keluarga. Pengunjung web mahukan pengemaskinian yang kerap. Mereka lebih suka melihat blog dalam laman web anda. Mereka tahu, sekiranya ada blog, mereka akan dapat membaca perkara terkini dan menarik, yang berlaku dalam perniagaan atau keluarga anda. Jika anda mempunyai laman web, bersamanya perlu ada blog yang bagus.

Terdapat banyak cara untuk menghasilkan wang daripada blog seperti Google AdSense dan program affiliate. Dengan perubahan web dari semasa ke semasa, sudah pasti akan wujud pelbagai cara baru untuk menghasilkan wang daripada biog. Perniagaan besar dan kecil mengetahui ramai orang yang membaca biog. Perniagaan hanya mahukan iklan mereka dilihat oleh orang yang berminat dengan produk atau servis yang ditawarkan. Blog adalah tempat yang terbaik bagi tujuan ini. Sebagaimana log web telah berubah menjadi blog sedia kala, pasti ia akan melalui beberapa perubahan di masa akan datang. Bayangkan dalam tempoh yang singkat ini, blog telah berubah dengan sebegini rupa, bagaimanakah ia akan berubah dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang! Adakah anda akan menjadi sebahagian daripada evolusi ini dan memperoleh hasil daripadanya? Pada masa akan datang, adakah anda mempunyai blog yang mantap yang boleh mengaut keuntungan yang banyak? Kami berharap begitulah!

Blog Yang Berjaya

Setelah anda mempunyai blog yang mengandungi AdSense, anda perlulah mula membuat mengepos catatan setiap hari atau dua hari sekali. Secara amnya catatan blog perlulah berkaitan dengan topik blog anda. Namun, anda juga boleh mengepos tentang apa-apa saja pada bila-bila masa. Jika anda mempunyai pandangan tentang politik atau apa saja pada hari itu, ands boleh mengeposnya ke blog. Anda tidak perlu menjadi penulis profesional untuk menjayakan blog anda. Bahkan, anda akan mendapati bahawa kebanyakan penulis blog bukanlah penulis profesional tetapi hanya menulis semata-mata untuk blog mereka sahaja. Anda hanya perlu minat pada topik yang anda poskan dan poslah sekerap yang mungkin dengan isi yang menarik.

Menghasil isi yang menarik bukanlah sukar sekiranya anda minat dan berilmu tentang topik tersebut. Anda boleh mengepos artikel, memberi ulasan produk, meminta orang lain menulis di blog anda, ataupun hanya menulis satu atau dua perenggan tentang apa yang ada dalam fikiran anda pada hari itu. Secara amnya, blog adalah tidak formal, jadi anda perlu sentiasa memastikan nada penulisan anda mesra dan mengepos mesej yang ditulis seperti anda menghantar e-mel kepada seorang kawan. Anda mahu pembaca melihat anda sebagai "kawan dalam talian" mereka. Mereka hendak merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada diri anda, ingin mengetahui segala­galanya tentang diri anda, apa pandangan dan pegangan anda.

Mempromosikan blog dalam talian adalah mudah dengan fail pengenalan (pengenalan file) yang boleh anda sertakan dalam penulisan anda di papan mesej internet , yang dinamakan forum dan mesej di dalam e-mel ands. Fail pengenalan ini akan menarik ramai pembaca kepada blog anda dan dengan merekalah, anda akan menjalinkan hubungan sdalam talian dari semasa ke semasa. Adalah lebih baik sekiranya semakin ramai orang yang membaca blog anda. Semakin ramai pembaca setia yang anda ada, semakin banyak pautan ke blog anda akan dikongsikan dengan rakan dan kenalan mereka. Anda perlu selalu menggalakkan mereka berkongsi pautan blog anda dengan rakan dan kenalan mereka yang mungkin berminat dengan blog anda. Semakin ramai pembaca yang anda ada, semakin besarlah pendapatan anda daripada AdSense.

Anda juga akan menerima pengunjung melalui enjin carian seperti Google dan Yahoo. Ini dinamakan sebagai pengunjung "natural" kerana mereka menjumpai laman anda melalui enjin carian. Terdapat beberapa perkara khusus yang boleh anda lakukan pada blog anda, dan catatan blog bagi membantu meningkatkan kedudukan anda dalam enjin carian dan menambahkan pengunjung natural ke blog anda. Proses meningkatkan kedudukan di dalam enjin carian dikenali sebagai "pengoptimuman enjin carian" atau SEO (search engine optimization). Dengan memahami bagaimana SEO berfungsi, is boleh membantu anda untuk menambahkan pendapatan melalui blog dengan menjadikan blog anda sebagai laman pertama yang akan muncul dalam senarai keputusan carian apabila seseorang membuat carian topik blog anda melalui enjin carian.

Salah satu cara yang popular untuk meningkatkan SEO ands ialah dengan meletakkan tag META dan kata kunci khas, pada setiap mesej yang dihantar. Ini merupakan satu proses yang mudah di mana ianya akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam eBuku ini. Untuk meletakkan tag, anda semestinya mahu menggunakan kata kunci yang bagus yang dapat menggambarkan isi kandungan blog anda. Dengan menggunakan densiti kata kunci yang bagus, anda boleh memberi maklumat tentang topik blog anda kepada enjin carian dan memperoleh kedudukan yang lebih tinggi daripada enjin carian. Penggunaan densiti kata kunci yang bagus adalah sungguh mudah dan senang untuk digunakan serta dapat memberi pulangan yang besar kepada blog anda .

Satu lagi cara yang mudah untuk meningkatkan SEO ands ialah dengan membina pautan blog anda di dalam laman web lain. Anda boleh melakukannya dengan mudah sambil mempromosikan blog anda . Anda boleh membina pautan blog anda dan meningkatkan kedudukan dalam enjin carian melalui penghantaran artikel dan pengumuman siaran akhbar (press release announcement) dalam talian. Anda juga boleh menyertai forum dalam talian dan menggunakan fail pengenalan untuk menghubungkan orang ramai ke blog anda. Dengan menyertai dan mengambil bahagian, anda akan menerima ramai pembaca ke blog anda. Pembaca ini kemudiannya akan memberitahu rakan dan keluarga mereka tentang blog anda dan pembaca blog anda akan bertambah ramai. Semakin ramai pembaca, semakin banyak klik pada ikian AdSense anda dan semakin banyak duit yang akan masuk ke dalam poket anda.

Dengan membina RSS feed pada blog, kandungan blog anda boleh disindiketkan sepertimana yang berlaku dalam buku komik dan siaran televisyen. Kita akan membincangkan mengenai RSS feed di bab yang lain eBuku ini. Memiliki RSS feed sudah menjadi satu kemestian kepada blog yang berjaya dan mewujudkannya adalah mudah di dalam Blogger.

Meningkatkan kedudukan enjin carian juga boleh dilakukan dengan pinging enjin carian tentang blog anda. Ada beberapa laman web yang anda boleh gunakan dengan percuma, membolehkan anda untuk melakukan apa yang dikatakan 'ping' enjin carian. Anda hanya pergi ke laman web tersebut, masukkan alamat blog, dan laman web itu akan memberitahu beberapa direktori blog dan enjin carian supaya melihat blog anda yang baru dikemaskinikan. Kekerapan berbuat demikian boleh meningkatkan kedudukan blog anda dalam enjin carian kerana enjin carian dapat melihat bagaimana anda menggunakan kata kunci dan meningkatkan kedudukan blog anda untuk carian kata kunci tersebut.



Membuat Duit dengan Blog

Penulisan blog merupakan satu-satunya model perniagaan baru yang benar-benar "percuma" di internat. Anda boleh mendaftar akaun blog dengan percuma seperti di Blogger dengan senang dan cepat. Kemudian, anda boleh menambahkan AdSense dan pautan web yang ada hubungan dan kaitan dengan blog anda serta menghasilkan duit daripada pengunjung yang klik pada pautan web tersebut. Ini dinamakan membuat duit dengan biog. Anda boleh membuat semua ini tanpa berbelanja satu sen pun daripada duit anda sendiri .

Google telah memulakan sebuah program yang dinamakan AdSense. AdSense digunakan oleh pemilik laman web untuk membuat duit


dengan menjadi hos iklan perniagaan orang lain di laman web mereka. Blog juga boleh menjadi hos kepada iklan AdSesne walaupun ia menggunakan servis blog yang percuma. Google memiliki Blogger dan AdSense , jadi kedua-duanya diprogramkan supaya dapat digunakan dengan mudah oleh sesiapa sahaja. Oleh kerana kedua-dua program ini dimiliki oleh Google, apabila digabungkan bersama ia berjalan dengan amat lancar sekali.

Dengan AdSense, anda hanya perlu tampal kod program yang dibuat untuk anda kepada templat Blogger. Kemunculan iklan pada blog anda bergantung sepenuhnya kepada lokasi dipilih untuk menampal kod AdSense di dalam templat anda. Dalam eBuku ini nanti kita akan menerangkan bagaimana untuk menghasilkan kod AdSense dan dimana sepatutnya kod AdSense perlu diletakkan di dalam blog templat anda .

Sebagai tambahan, AdSense membenarkan anda menyatukan isi kandungan blog anda dengan iklan yang dipaparkan. Ini akan membantu dalam membuatkan iklan AdSense kelihatan seperti isi kandungan blog anda dan bukan seperti papan pengiklanan.

AdSense juga dapat mengesan iklan yang berkaitan dengan topik dan isi kandungan blog anda. Contohnya, kalau anda mempunyai blog tentang penjimatan wang, maka AdSense akan menyediakan iklan berkaitan dengan khidmat kupon, hadiah percuma dalam talian dan pelbagai iklan yang bersesuaian dengan topik blog anda. Dalam blog penjimatan wang, anda tidak akan melihat iklan yang tidak berkaitan seperti iklan penjagaan haiwan atau produk teknologi.


Bagaimana anda boleh membuat duit dengan AdSense? Google akan membayar anda apabila pengunjung klik pada iklan AdSense di laman anda. Ini dinamakan "click through". Google akan membayar anda jumlah wang yang berbeza-beza bergantung kepada iklan mana yang diklik.



Pengenalan Kepada Penulisan Blog

Dengan perkembangan Internet kepada keadaan yang sedia ada pada hari ini, kebanyakan webmaster mendapati bahawa pengunjung web ingin mengetahui laman web yang mempunyai berita terkini dan yang selalu dikemaskinikan. Pengunjung web mencari maklumat yang terkini dan sensasi serta mereka tidak mahu pergi mencari sendiri laman web yang manakah yang baru dikemaskinikan. Mereka mahukan suatu tempat di mana mereka boleh pergi dan dapat Iihat apa yang baru.

Beberapa cerdik-pandai pengatur cara mula menuliskan log dalam laman web mereka yang memberitahu pengunjung mengenai laman web yang telah dikemaskinikan atau yang mempunyai maklumat terkini. Log web ini, sepertimana yang dinamakan pada ketika itu, adalah seumpama sebuah direktori tidak rasmi kepada "apa yang terkini" di internet. Akhirnya log web itu dan teknologi yang menggerakkan mereka berkembang dan berubah menjadi kepada blog yang wujud pada hari ini.

Sebuah blog adalah hanya satu laman web yang ditulis padanya berita-berita dalam format yang bersahaja dan kerap dikemaskinikan. Daripada menjadi laman web yang menyenaraikan laman web baru atau laman web yang baru dikemaskinikan, blog itu sendiri adalah sebuah laman web dan telah menjadi suatu perkara yang baru, yang sentiasa berubah.

Di internet sebuah blog mempunyai peranan yang sama seperti program siaran berita televisyen tempatan anda atau seperti surat akhbar dalam cabang media masing-masing. Blog adalah suatu tempat di mana anda boleh pergi bila anda inginkan maklumat yang terkini dan yang menarik, dalam sebarang tajuk yang diminati.

Blog adalah laman web yang sentiasa dikemaskinikan dengan maklumat yang terkini. Tujuan utama blog adalah untuk mendidik dan menghiburkan orang ramai. Sepertimana program berita yang baik atau surat akhbar tempatan, blog yang baik menyajikan anda dengan pendidikan dan hiburan yang seimbang. Sebuah blog yang baik mengandungi pelbagai isi kandungan yang bernas, yang mengajar anda suatu perkara yang baru dan juga menghiburkan dalam proses tersebut. Untuk memastikan blog anda berjaya, anda mesti memastikan blog anda mempunyai ketiga-tiga ciri tersebut. Blog yang paling berjaya di internet ialah yang mempunyai ciri tersebut yang diolah dengan baik.

Jika log web dahulunya merupakan senarai laman web baru atau laman web yang sentiasa berubah dan bertukar mengikut peredaran masa, kini dikenali sebagai biog. Pada suatu ketika, blog hanya dimiliki oleh pengartur cara. Penulisan blog pada masa kini boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, tanpa sebarang kemahiran pengaturcaraan atau kemahiran HTML bagi membina blog mereka sendiri. Log web pada masa dahulu telah berkembang menjadi blog pada hari ini.

Dengan adanya pertumbahan blog percuma dengan pesat, seperti Blogger kepunyaan Google, is dapat memudahkan sesiapa sahaja di dunia ini untuk mendapatkan blog mereka sendiri. Blogger hanya perlu menggunakan templat dan mendaftar satu akaun, memulakan blog sendiri hanya mengambil masa lima minit sahaja dan kemudian anda telah slap sedia untuk membinanya! Jika anda boleh e-mel dan melayari laman web, maka anda boleh mempunyai blog sendiri . Ia sungguh mudah dan yang paling menarik percuma!

Pada hari ini blog diselenggara oleh syarikat besar dan kecil, dan juga oleh individu di serata dunia. Pada masa kini, masyarakat semua peringkat umur boleh memiliki blog sendiri, malah nenek anda juga boleh memilikinya jika dia mahu. Apa yang perlu dilakukan ialah mendaftar akaun Blogger dan mula menaip tentang keluarga, hobi, binatang kesayangan atau apa sahaja yang mahu diceritakan. Blog keluarga adalah merupakan salah satu cara yang baik untuk keluarga yang saling berhubung antara satu sama lain.

Blog merupakan diari secara dalam talian atau buku catatan yang anda gunakan untuk menerbitkan minda anda . Blog juga boleh menjadi laman web rasmi yang memberi maklumat kepada orang ramai tentang apa saja topik yang boleh anda fikirkan. Blog anda boleh menjadi blog peribadi atau blog profesional mengikut kemahuan anda.

Melalui penggunaan templat Blogger yang hebat, anda boleh mengubahsuai rupa bentuk blog yang anda inginkan bagi menepati jenis blog yang dimahukan . Anda juga babas untuk memiliki lebih daripada satu blog dengan rupa bentuk yang berbeza-beza, bersesuaian dengan topik yang tersendiri. Apa yang paling menarik ialah kedua-dua blog peribadi dan blog profesional boleh memiliki AdSense yang dapat menghasilkan duit untuk anda!

Dalam talian, buat masa ini terdapat pelbagai topik yang dibincangkan di dalam blog seperti topik tentang politik di tempat kerja, politik dunia perhubungan, hidup berjimat, sukan, agama, kehidupan keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan keluarga dan apa saja di antaranya. Jika anda berminat dengan sesuatu topik, anda akan menemui sebuah blog tentang topik tersebut. Tetapi, jika anda mencari dan tidak menemui topik yang menarik minat anda di dalam blog yang sedia ada, maka mungkin is boleh menjadi topik yang hebat untuk blog anda sendiri dan membuat duit melaluinya!

Indek Panduan Adsense

Isi Kandungan

Pengenalan Kepada Penulisan Blog

Apakah Sebenarnya Blog?
Membuat Duit dengan Blog
Blog Yang Berjaya
Masa Depan Penulisan Blog

Bloggers

Menjana Pendapatan Melalui Blog Percuma.
Nama Yang Sesuai Untuk Blog Anda.
Mendaftar di Bloggers
Tetapan asas Bloggers

Adsense

AdSense Sebagai Mesin Penghasilan Wang

Bagaimana AdSense Tahu Iklan Apa Untuk Dipaparkan?
Daripada Manakah Datangnya Iklan?
AdSense Untuk Menghasilkan Pendapatan
Bahasa Yang Diterima Oleh Adsense
Peraturan AdSense
Perkara Yang Dilarang Dalam Adsense
Jumlah Pemasangan Adsense Yang dibenarkan.
Berapa Banyak Duit Yang Boleh Diperoleh Melalui AdSense?
Menyertai AdSense
Menyertai Adsense Melalui Bloggers
Lokasi, Warna Dan Jenis Terbaik Untuk Blok AdSense
AdSense dan Grafik
Progam Carian AdSense
Memasang Carian Adsense Di Blog.
Perlu Bantuan Tambahan AdSense?

Penulisan Blog

Mencipta Isi Yang Menarik
Mendapatkan topik untuk blog anda
Mengepos Mesej dalam Blog Anda
Pengformatan Mesej Anda
Intipati Mesej Anda


Trafik

Trafik dari penyertaan di forum
Trafik dari penyebaran email
Trafik dari pertukaran link
Trafik dari penghantaran artikel
Trafik dari senarai di direktori
Trafik dari jalinan kerjasama
Trafik dari komen di blog lain


Pengoktima

Pengoptimuman Enjin Pencarian
Bagaimana mengoktima blog anda
Tag danPing
SEO dan Pemasaran Blog Anda
Reka Bentuk Blog Anda
Mencipta RSS Feed
Alternatif kepada Blogger