Sunday, April 20, 2008

Mengoktima blog anda

Jangan terkeluar daripada Topik & Rajinlah Menulis

Enjin carian lebih gemar blog daripada laman web yang statik. Enjin carian menghargai yang blog yang sering dikemas kini dan amnya blog kekal pada satu topik. Ini adalah mustahak bagi anda, sebagai penulis blog kepada blog penjana duit, untuk menulis tentang satu topik yang khusus pada blog anda. Selalu mengemaskinikan laman web juga sangat panting. Ini adalah dua perkara yang paling mudah dan perkara yang terbaik sekali yang anda boleh lakukan untuk pengoptimuman enjin carian. Jangan terkeluar daripada topik dan selalu pos isi yang bermutu. Mudah saja.

Pautan

Pautan kepada laman anda daripada laman lain membantu meningkatkan kedudukan enjin carian anda. Enjin carian melihat pautan kepada laman anda sebagai maksud bahawa orang lain cukup menghargai laman anda sehingga berpaut dengannya. Enjin carian tidak lihat sama ada pautan tersebut dibina dengan penyerahan yang anda lakukan sendiri atau orang lain berpaut kepada laman anda dengan sendiri. Kita sudah pun bincang bagaimana untuk mendapatkan pautan kepada laman anda melalui pencatatan forum, artikel, siaran akhbar, penulis jemputan dsb... dan sebab utama anda mahu menghabiskan masa dan tenaga untuk meningkatkan jumlah pautan ialah kerana untuk menambahbaikkan jumlah pembaca dan juga membantu anda dalam usaha pengoptimuman enjin carian.

Kata kunci

Kata kunci panting supaya blog anda dilihat dan diberi kedudukan yang baik oleh enjin carian. Di dalam bab yang lalu eBuku ini, kita telah membincangkan tentang menulis isi yang kaya dengan kata kunci, guna kata kunci dalam tajuk dan format istimewa seperti menebalkan huruf untuk menarik Googlebot kepada topik anda. Alasan untuk ini mudah saja, untuk pengoptimuman enjin carian. Anda harus menggunakan kata kunci blog anda selalu kerana ini akan membantu enjin carian mengindekskan laman anda untuk kata kunci tersebut. Pengindeksan yang lebih baik samalah seperti kedudukan yang lebih baik pada laman hasil carian enjin carian apabila seseorang membuat carian untuk kata kunci ini.

Katakanlah anda miliki blog tentang duduk di Johor. Semakin banyak anda menulis Johor pada tajuk dan catatan anda, semakin banyaklah Google dan enjin carian yang lain faham bahawa laman anda adalah tentang Johor. Ini bermakna apabila seseorang membuat carian Johor dalam Google, halaman anda akan muncul dengan kedudukan yang lebih tinggi daripada laman web lain mengenai Johor tapi kurang menyebut perkataan Johor dalam laman webnya.

Isi kandungan blog mestilah mempunyai banyak kata kunci di dalamnya. Ini adalah salah satu matlamat anda dalam pengoptimuman enjin carian. Dalam erti kata lain anda harus memastikan bahawa di dalam teknya halaman anda, anda pastikan yang kebanyakan perkataan itu adalah kata kunci. Ini biasanya dirujuk sebagai "densiti kata kunci."

Andaikan seketika yang anda miliki blog tentang komputer riba. Anda menulis satu artikel yang mengandungi lebih kurang 500 perkataan dan ands menyebut perkataan "komputer riba" 10 kali dalam artikel tersebut. Ini akan memberikan anda 2% densiti kata kunci. Itu bermakna 2% daripada perkataan anda di dalam artikel tersebut adalah "komputer riba." Jika anda ubah artikel yang sama supaya mengandungi perkataan "komputer riba" 18 kali, menggunakan tajuk "Belian yang Berbaloi untuk Komputer Riba Terbaik" dan kemudian masukkan tajuk kedua di permulaan teks blog anda. Maka anda telah menggunakan perkataan "komputer riba" sebanyak 20 kali. Menggunakan perkataan "komputer riba" 20 kali di dalam halaman artikel yang mengandungi 500 perkataan akan memberikan kata kunci densiti anda yang baru iaitu 4%.

Contoh di atas adalah contoh yang amat mudah, tapi cukup untuk memberikan kefahaman mengapa kata kunci dan bagaimana kekerapan anda menggunakannya adalah mustahak. Matlamat anda ialah untuk mendapatkan densiti kata kunci di antara 5% dan 10% tetapi tidak lebih daripada itu. Jika lebih daripada itu, blog anda akan menjadi sukar untuk dibaca dan enjin carian akan mula berfikir bahawa anda membina sebuah splog jika densiti kata kunci anda lebih daripada 15-20%. Sekali lagi ini adalah perkara yang mana anda perlu mengimbangi antara apa yang akan menjadi mesra pembaca dan juga mesra enjin carian.

Tag META

Tag META atau dirujuk secara mudah sebagai "tag", adalah bahagian kod yang kecil dan tersembunyi, yang memberitahu enjin carian tentang blog anda. Dengan asasnya, tag adalah senarai kata kunci yang pengunjung anda tidak nampak tetapi penindeks enjin carian nampak. Tag digunakan dalam membantu enjin carian mengindeks laman web dengan lebih balk tanpa dapat dilihat dan menganggu pembaca anda.

Jika saat ini anda mempunyai blog tentang fotografi, maka mungkin anda mahu tambahkan sekumpulan tag seperti: fotografi, foto, studio fotografi, gambar, cetakan, portret,kamera, film dsb...Anda mahu tag anda kekal dalam topik khusus kepada blog anda, tetapi anda juga mahu masukkan kesemua perkataan yang mungkin akan dicari oleh seseorang dan dapat menjumpai blog anda. Tag ini membantu mendapatkan blog anda diindekskan untuk semua perkataan di dalam tag.

Tidak seperti perisian catatan blog yang lain, Blogger tidak mempunyai cara yang mudah untuk menambah tag kepada blog anda. Sesetengah format blog ada, Blogger sahaja yang tiada. Namun, masih boleh menjana tag untuk Blogger anda dengan menggunakan laman web lain dan kemudian gunting dan tampal sedikit kod pada template anda. (Serupa seperti apa yang kita telah buat untuk AdSense.) Ia adalah mudah dan percuma untuk dilakukan. Disarankan agar anda meletakkan tag pada pencatatan blog anda. Apa-apa saja yang akan membantu dengan pengoptimuman enjin carian, anda harus mempelajarinya dan pastikan anda melaksanakannya.

Beberapa laman tag terkenal termasuklah de.licio.us dan www.technorati.com. Mendaftarkan di salah satu laman amatlah mudah dan ianya percuma. Setelah mendaftar maka anda boleh menjanakan kod tag untuk blog Blogger dan hanya perlu menampalkannya di dalam templat blog anda.

Pertama sekali anda perlu buat satu salinan templat blog anda, manalah tahu anda akan menyukainya atau tidak, kemudian anda tampalkan kod tag tersebut selepas lokasi dalam templat anda yang menyebut:

< /title >
<$BlogMetaData$>

Dengan menampalkan kod tag anda di sini, setiap kali anda mengepos mesej kepada blog anda, enjin carian juga akan mendapat salinan kesemua kata kunci tambahan anda yang telah ditagkan pada bawah teks mesej tersebut. Walaupun catatan blog anda tidak menyebut kata kunci anda, tag anda menyebutnya!

Ini bermakna jika blog anda tentang Krismas tetapi anda memilih untuk bercakap tentang haiwan peliharaan keluarga anda pada catatan pos ands, pengindeks tetap akan dapat kenal perkataan Krismas sebagai salah satu kata kunci anda kerana perkataan Krismas diperoleh daripada tag.

saya juga akan menerangkan ecara perinci bagaimana meletakkan meta tag dan tag dilaman blog anda.... baca terus...

Pengoptimuman Enjin Carian

Bagaimana Enjin Carian Berfungsi?

Sebelum kita boleh berbincang tentang pengoptimuman enjin carian, anda perlu tahu dan faham perkara asas tentang bagaimana enjin carian berfungsi. Sementara prosesnya banyak membabitkan pengiraan matematik, jauh Iebih rumit daripada apa yang orang kisah untuk ambil tahu, saya akan cuba berikan suatu penjelasan yang amat mudah.

Sebuah enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN dsb... menghantar "lelabah" kepada laman web baru. Lelabah ini hanyalah sedikit kod atau boleh juga dikatakan satu program yang "merayap" laman web. Tindakan merayap laman web hanyalah menyalin halaman dan memuat turunkan salinan tersebut ke dalam pelayan web enjin carian.

Setelah lelabah merayap laman web tersebut, enjin carian akan mengindekskan maklumat yang diperoleh daripada salinan halaman yang ia baru dapat. Pengindeksan adalah tentang kata kunci, tag dan isi laman web itu sendiri.

Apabila anda pergi ke www.google.com dan meletakkan kata kunci sebagai carian, halaman "hasil carian" anda adalah berdasar halaman yang diindekskan daripada proses ini.

Jadi, amnya enjin carian menghantar lelabah kepada halaman anda, merayap atasnya, menyalinnya kepada pelayan mereka sendiri, mengindekskan maklumat yang ada pada salinan tadi dan kemudian menggunakan indeks tersebut apabila seseorang membuat carian.

Sebenarnya ia bukanlah proses yang semudah itu, tetapi itu sudah memadai untuk kita memahami secara asasnya apa yang berlaku.


Pengoptimuman Enjin Carian

Setelah anda menubuhkan blog anda dan berusaha untuk mendapatkan trafik terbanyak supaya mengunjungnya, anda akan terdengar tentang pengoptimuman enjin carian atau apa yang biasa dirujuk - SEO. Sementara bunyi pengoptimuman enjin carian menggentarkan, sebenarnya ia adalah proses yang mudah difahami. Mengambil kira SEO boleh mendatangkan Iebih ramai pengunjung kepada blog anda dan sekali gus menjana Iebih banyak pendapatan untuk anda kerana klik pengunjung pada ikian AdSense anda.

Buku ini akan membincangkan asas SEO tapi faham bahawa seperti fungsi sebenar enjin carian; berjilid-jilid buku boleh ditulis mengenainya! Sebagai kekecewaan tambahan, enjin carian tidak menyiarkan bagaimana sebenarnya ia memproses makiumat dan indeks. Ini bermakna, setiap orang yang cuba mengoptimumkan laman web mereka untuk enjin carian, hakikatnya membuat banyak tekaan dan mencuba-cuba untuk melihat apa yang memberikan hasil untuk mereka.

Apabila mencari sesuatu yang khusus dalam talian, anda tentu akan pergi kepada enjin carian kegemaran anda dan memasukkan kata kunci untuk mencari apa-apa maklumat yang anda inginkan. Sebagai contoh, jika anda mahu membeli kayu golf baru, anda mungkin akan pergi menaip "kayu golf" di dalam kotak carian www.google.com.

Kemudian enjin carian Google akan kembalikan kepada anda senarai yang barangkali mengandungi sejuta atau lebih halaman kemungkinan. Laman pertama yang anda lihat pada halaman hasil carian adalah laman yang berkedudukan #1 di Google, yang kedua adalah kedudukan #2 dan seterusnya. Dengan pengoptimuman enjin carian tujuan utama ialah untuk mendapatkan kedudukan yang tertinggi yang mungkin pada laman hasil carian apabila seseorang membuat carian terhadap kata kunci topik blog anda. Anda harus berada pada halaman pertama hasil enjin carian itu.

Bila pengunjung membuat carian melalui enjin carian dan kemudian mengklik laman web anda melaluinya, proses ini dirujuk sebagai pengunjung "natural" atau "organik." Mereka dapat ke laman web anda secara enjin carian "natural" dan bukannya daripada pengiklanan selainnya yang anda laksanakan. Tujuan utama pengoptimuman enjin carian adalah mendapatkan anda penjunjung natural yang seramai mungkin. Mengapa? Kerana mereka ini datang kepada anda tanpa anda perlu melaksanakan sebarang kerja dan kemudian mereka akan mengklik iklan AdSense anda. Ini adalah sejenis pendapatan pasif yang terbaik!

Kunci pengoptimuman enjin carian yang bailk ialah mendapatkan kedudukan setinggi mungkin di enjin carian, dengan anda hanya perlu melakukan kerja tambahan yang paling sedikit. Apabila seseoang membuat carian di Google untuk kata kunci yang juga topik blog anda, anda mahukan blog anda muncul di halaman hasil carian yang pertama tersebut, atau mungkin hampir kepada kedudukan yang tertinggi. Walaupun enjin carian menggunakan algoritma yang rumit dan rahsia dalam menentukan kedudukan laman web, terdapat beberapa perkara mudah yang anda boleh lakukan dapat membantu kedudukan blog anda setinggi mungkin. Anda seharusnya kerap mengeposkan catatan tentang topik anda, membina pautan, menggunakan kata kunci dan densiti kata kunci yang bagus, mentag catatan anda dan pinging dengan kerap. Mari luangkan masa dan lihat pada setiap satu cadangan ini dengan lebih terperinci.

Trafik dari komen di blog

Memberi Komen dalam Blog Orang Lain

Satu lagi cara untuk membina pautan-balik kepada blog anda ialah dengan mengeposkan komen dalam blog dan laman web orang lain. Jika anda meninggalkan komen yang bermutu maka mungkin pembaca komen tersebut mahu tahu apa lagi yang anda mahu katakan di blog anda sendiri. Jika anda meninggalkan komen dalam blog ahli Blogger, makan akaun anda akan dipaparkan dan komen anda secara automatik berpaut balik kepada blog anda. Pembaca blog tersebut akan membaca komen anda dan klik pada pautan untuk mengetahui topik apakah yang diceritakan dalam blog anda.

Sesetengah orang mengeposkan mesej pendek tentang kesukaan mereka terhadap sebuah blog dan kemudian meminta penulis blog tersebut melihat blog mereka dan mengizinkan penulis blog tersebut memasukkan pautan kepada laman webnya dalam blog pemberi komentar itu tadi. Dengan hanya meninggalkan mesej spam "hey lihatlah blog saya" anda akan berkemungkinan membuat orang marah dan akan hilang pembaca. Tinggalkan maklumat yang bermutu dan orang ramai akan lebih cendurung untuk melihat blog anda. Anda sentiasa mahu pastikan yang anda menambahkan nilai kepada web, bukan hanya mengiklankan blog anda untuk buat duit.

Sebenarnya, ada trik dalam membuat komen, yang membolehkan anda mendapat backlink dari blog lain, jadi teruskan bacaan anda di blog ini

Trafik Dari Kerjasama Dengan Penulis Blog Lain

Bekerjasama Dengan Penulis Blog Lain

Bekerjasama dengan penulis blog lain boleh menjadi cara yang terbaik untuk mendapatkan pautan kepada blog anda. Anda boleh mempunyai pautan-balik sehala kepada laman web anda atau anda boleh mempunyai pautan dua hala, tetapi sebarang pautan adalah lebih baik daripada tiada langsung. Akhirnya, banyak pautan kepada blog anda, dan lebih bagus.

Ramai penulis blog telah menubuhkan apa yang dinamakan "blogroll." Blogroll ialah penyenaraian pautan kepada blog lain dalam topik yang berkepentingan serupa. Ini membenarkan blog mempunyai pautan¬balik kepada mereka dan juga membenarkan anda mengiklankan blog anda kepada pembaca kesemua blog yang serupa. Blogroll boleh menjadi cara terbaik untuk mendapat pembaca baru untuk blog anda dan tingkatkan kedudukan enjin carian anda pada masa yang sama.

Satu lagi perkara yang penulis blog akan selalu buat ialah bertukar-tukar pengeposan mesej dengan penulis blog lain. Pertukaran mesej pos ini dinamakan "penulis blog jemputan." Katakanlah saya mempunyai blog yang berjaya tentang peluang bekerja dari rumah. Penulis blog lain yang saya jumpa di dalam talian pula mempunyai blog tentang ibu bapa yang duduk di rumah. Kami boleh bertukar-tukar catatan di mana saya akan membenarkan dia menjadi penulis jemputan di blog saya tentang ibu bapa yang duduk di rumah sebagai satu pertukaran untuk saya menjadi penulis jemputan di blognya tentang topik peluang bekerja dari rumah. Kami bertukaran catatan "penulis jemputan" dan setiap satunya memasukkan nama penulis yang ada pautan kepada blog atau laman web kami sendiri. Saya mempunyai satu pautan-balik dan dia juga ada sama.

Dengan bekerjasama bersama penulis blog lain dan menjadi penulis blog seperti ini, anda boleh mendapat akses kepada pembaca setia blog lain dan mereka akan ada akses kepada blog anda. Sebab, di dalam contoh di atas, blog kami tidaklah bersaing di antara satu sama lain untuk pembaca, kami boleh menjadi penambaikan khidmat untuk satu sama lain dan juga kepada pembaca kami masing-masing. Kami berdua boleh membina jumlah pembaca kami dan juga membina beberapa pautan kepada laman kami pada masa yang sama. Ini adalah situasi menang-menang untuk semua pihak yang terbabit.

Mencari penulis blog lain untuk bekerjasama menjadi penulis jemputan bukanlah sukar. Jika anda mengambil masa untuk membina satu blog yang bagus, dengan isi yang bermutu, maka penulis blog lain yang mempunyai blog bermutu akan mahu bertukar-tukar pautan dan bekerjasama dengan anda. Semakin bagus blog anda, semakin cerahlah peluang menjadi penulis jemputan!

Trafik dari akhbar

Penyerahan Siaran Akhbar

Jika anda akan mulakan satu perniagan kecil dari rumah, satu cara untuk mendapat pengiklanan percuma ialah dengan menghantarkan

siaran akhbar kepada surat akhbar tempatan. Dalam talian, terdapat beberapa laman siaran akhbar yang mana anda boleh serahkan siaran akhbar tentang blog atau laman web baru anda dengan percuma. (Dua yang paling popular adalah prweb.com dan prfree.com).

Untuk buat siaran akhbar, hanya perlu tulis satu kenyataan pendek tentang bagaimana hebatnya laman baru anda yang dilancarkan dan poskan dalam laman siaran akhbar yang percuma. Pastikan terdapat pautan kepada laman web anda di dalam siaran akhbar anda dan ands telah mencipta satu pautan-balik tambahan daripada setiap laman yang anda serahkan siaran akhbar anda. Siaran akhbar adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan pautan tanpa memerlukan banyak kerja. Ianya padat dan tepat.

Trafik dari direktori

Penyerahan Direktori Blog

Sepertimana ada direktori dalam talian untuk alamat e-mel, nombor telefon dan maklumat lain, terdapat juga direktori yang mengandungi senarai blog. Direktori blog ini adalah laman web di mana orang ramai boleh cari senarai blog dalam sebarang topik khusus yang mereka minati. Pencarian dalam direktori ini adalah seperti enjin carian dan halaman hasil carian ialah blog yang mengandungi topik yang dicari.

Menyerahkan blog anda kepada direktori akan membantu dalam mendapatkan dua perkara, pautan-balik dan ramai pembaca untuk blog anda. Kedua-dua ini akan membantu kedudukan enjin carian anda dan juga pendapatan daripada iklan AdSense anda.

Contoh direktori popular seperti : Bloglog, BlogCatalog dan lain-lain


trafiik dari artikel

Penyerahan Artikel

Terdapat banyak tempat dalam talian di mana anda boleh serahkan artikel pendek (400-600 perkataan) bukan fiksyen tentang sesuatu yang yang anda tahu. Artikel ini boleh menjadi pos blog anda yang pertama, ia boleh jadi tentang sesuatu yang anda serahkan di laman direktori artikel atau ia boleh jadi artikel yang ditulis oleh orang lain dan kemudian diterbit di bawah nama anda. Inilah satu-satunya masa yang mana penulisan anda ditulis oleh orang lain adalah suatu yang bagus. Selagi artikel tersebut bagus dan berbunyi seolah ia tidak menjadi masalah jika ia ditulis oleh anda atau penulis lain yang anda upah untuk menulis.

Menyerahkan artikel kepada direktori artik el dalam talian adalah percuma, mudah dan senang. Dengan hanya menjadikan salah satu pos blog anda ke dalam artikel tersendiri dan kemudian serahkan kepada direktori pilihan anda. (Beberapa yang popular adalah articlealley.com, contentdesk.com, ezinearticles.com dan goarticles.com. Terdapat juga beberapa program penyerahan automatik yang boleh anda gunakan untuk serahkan artikel anda kepada beberapa laman artikel secara serentak.

Terlampir kepada artikel anda ialah "nama penulis". Pada nama penulis ini akan mengandungi makiumat tentang anda dan pautan kepada blog anda dan laman web lain. Anda boleh mempunyai nama penulis yang berbunyi seperti "Jane Smith ialah seorang pengatur caraan pada waktu siang dan memblog tentang kuda pada waktu malam. Lihatlah laman web pengatur caraan di www.iprogram.com dan bacalah blognya di www.besthorseblog.com." Dalam contoh ini, nama penulis mencipta dua pautan-balik untuk setiap kali anda terbitkan artikel; satu kepada laman pengatur caraan dan yang satu lagi kepada blog tentang kuda. Jika anda mengeposkan lima artikel ini pada web, anda mempunyai sepuluh pautan-balik kepada laman web anda.

Dan juga, kebanyakan laman artikel membenarkan anda menerbitkan hak artikel tidak-eksklusif pada laman mereka. Ini bermakna anda babas untuk mengeposkan artikel yang sama pada laman artikel yang lain juga. Setiap kali anda serahkan artikel, anda membina pautan kepada laman anda. Tambahan pula, penulis blog dan webmaster akan pautkan artikel ini dalam laman web mereka yang relevan dan tindakan itu akan memberikan laman anda lebih banyak lagi pautan. Dengan menyerahkan artikel kepada laman web direktori artikel anda dapat membina pautan dengan mudah kepada laman anda untuk meningkatkan kedudukan enjian carian anda.