Sunday, April 20, 2008

Intipati Mesej Anda

Untuk intipati mesej atau isi yang sebenar, saya cadangkan anda kekal dengan menulis mesej blog anda sendiri. Sesetengah penulis blogger membeli beberapa kumpulan penulisan artikel topik tertentu dan kemudian mengeposkannya setiap hari seolah mereka telah menulisnya sendiri. Terdapat beberapa kelemahan dengan cara ini. Anda tidak akan dapat mutu isi kandungan yang bagus melainkan anda membayar untuknya, yang mana menewaskan tujuan blog anda iaitu membuat duit bukan membelanjakannya. Anda tidak dapat berhubung dengan pembaca anda dan memberikan blog anda perasaan peribadi yang is mesti ada, jika anda hanya mengeposkan penulisan artikel orang lain. Hakikatnya menulis isi yang baik tidaklah mengambil masa yang lama tetapi, usaha menulisnya memanglah berbaloi kerana pulangannya lumayan.

Malah jika anda menulis kurang daripada apa yang anda inginkan, atau dengan teks mesej yang pendek, itu adalah lebih baik daripada blog berisikan artikel murahan yang tiada peribadi anda.
Mesej blog anda tidak perlu panjang. Cuba tulis 300-400 perkatan dalam mesej anda kerana ini dianggap ideal. Malah satu atau dua perenggan pendek selang beberapa hari sudah memadai jika itu sajalah masa yang ada atau yang anda boleh tulis. Yang paling mustahak ialah anda kerap poskan mesej dan Cuba menarik minat pembaca dalam gaya penulisan anda dan isinya. Buat pembaca anda seolah "melawat" dan berjumpa anda setiap hari! Walaupun apa yang anda boleh tulis ialah menceritakan kejadian dalam hidup anda dan mengapa anda tidak dapat mengeposkan sebarang isi tentang topik blog anda pada hari itu atau minggu itu.

Jadi apa yang anda tulis? Contoh isi yang bagus ialah memberi ulasan produk. Jika blog anda tentang kuda, maka mungkin anda mahu buat ulasan mengenai produk pencuci baru untuk kuku kaki kuda yang baru anda beli. Dengan menyebut produk yang khusus, anda akan dapati AdSense akan berikan blog anda iklan yang lebih kurang sama dengan produk yang anda ulaskan. Ini akan membantu anda mendapat klik kerana iklan tersebut sebati dengan isi ands dan jika ia ditempatkan pada lokasi yang betul dalam blog anda, ia akan nampak seolah satu cadangan daripada anda. Pencinta kuda yang lain akan baca mesej anda, kemudian, sama ada klik pautan untuk membeli pencuci kuku kuda yang anda sebutkan atau mencari di kotak Carian Google anda dan membeli melalui itu. Kedua-dua pilihan tersebut, anda akan mendapat hasil daripada Google. Mudah sekali.

Isi kandungan lain yang bagus ialah apa-apa yang mengajar atau menghibur pembaca anda. Jika blog anda tentang kuda, mungkin anda mahu mengatakan tentang penjagaannya, kesihatannya atau malah personalitinya. Anda mungkin mahu menghibur pembaca anda dengan cerita mengenai kuda anda atau memberi ulasan filem terbaik tentang kuda yang pernah anda tonton. Bayangkan blog anda seperti televisyen. Sesetengah program memberi pelajaran dan yang lain hanya menghibur. Setiap jenis siaran memenuhi tujuannya, dan kedua-duanya mempunyai pengiklanan yang relevan dengan isinya. Semua stesen televisyen menawarkan pelbagai siaran supaya mereka boleh menawan hati khalayak penonton yang sebesar mungkin. Dan kita sebagai penonton boleh menerima iklan komersial kerana tanpanya kita tidak akan dapat menonton siaran kesukaan kita.

Satu lagi cara anda boleh mendapatkan isi yang bagus untuk blog anda ialah membenarkan orang lain, yang sama topik dengan blog anda, atau pemilik laman web yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang hampir sama, untuk menjadi "penulis jemputan" di blog anda. Ini membolehkan blog anda mempunyai isi kandungan yang relevan dan hebat yang anda tidak perlu meluangkan masa untuk menulisnya sendiri. Anda juga boleh menawarkan diri sebagai "penulis jemputan" di blog mereka dengan persetujuan boleh meletakkan pautan balik ke blog anda.

Jika anda memang tidak boleh menulis atau kurang berminat dalam menulis blog, maka anda boleh juga mengupah seseorang untuk menuliskannya. Tetapi jika anda pilih cara ini, ands haruslah mendapatkan seseorang yang pandai menulis, bahasa Inggeris sebagai bahasa ibundanya, jika blog anda berbahasa Inggeris dan seseorang yang berpengetahuan luas dalam topik blog anda. Anda perlu berkerjasama dengan erat bersama mereka untuk memastikan mereka menjaga blog dan pembaca anda sepertimana anda. Baca apa yang mereka poskan setiap hari dan tentukan jika itu adalah apa yang anda mahukan dalam blog anda.

Mencari penulis freelance yang mahu menulis blog untuk anda bukanlah sukar. Terdapat beberapa laman web di mana anda boleh poskan mesej "penulis diperlukan" dan akan dapat beberapa calon untuk menulis di blog anda dengan kerap.

No comments: