Sunday, April 20, 2008

SEO

SEO dan Pemasaran Blog Anda

Pengoptimuman enjin carian adalah sebahagian yang amat penting dalam menjayakan blog anda. Amatlah penting untuk memahami bagaimana enjin carian melihat maklumat anda dan apa yang dilakukan terhadap maklumat tersebut. Dengan memahami bagaimana enjin carian berfungsi, anda akan menjadi lebih arif untuk membina blog anda sebagai laman yang "mesra enjin carian." Semakin senang enjin carian boleh berfungsi dengan laman anda, maka semakin baiklah kedudukan yang akan anda terima daripadanya.

Sementara pengoptimuman enjin carian adalah mustahak, anda tidak boleh hanya bergantung pada pengunjung natural kepada laman web anda daripada enjin carian. Ianya suatu perkara yang hebat untuk memperoleh beberapa pembaca anda daripada sana, tetapi umumnya anda akan mahu nama blog anda muncul di luar sana dengan cara lain juga. Anda perlu melaksanakan cara lain yang telah dicadangkan sebelum ini untuk membantu memandu trafik kepada laman web anda. Enjin carian, walaupun jika anda mendapat kedudukan yang bagus, is tidak akan melaksanakan kesemuanya untuk anda. Anda perlu memasarkan laman anda dan memasakannya pada khalayak sasaran.

No comments: