Sunday, April 20, 2008

Teknik Ping

Ping

Enjin carian menghantar lelabah atau bot kepada laman anda pada kadar masa yang kerap. Enjian carian menjadualkan kunjungannya berdasarkan kepada saiz laman web anda dan berapa kerap dikemaskinikan. Walaupun demikian, jika anda mahu memberitahu enjin carian bahawa anda telah mengemaskinikan laman web anda, makan anda boleh lakukan seseuatu yang dinamakan "pinging."

Pinging dalam konteks ini, hanya menghantar satu rangkaian kod kepada enjin carian yang mengatakan "datanglah ke laman web saya, ia sudah dikemaskinikan dan saya mahu ia diindekskan balik." Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan hanya pergi kepada laman web ping, masukkan URL blog anda, pilih kotak yang mana anda mahu ping (amnya ping semuanya) dan kemudian klik "Ping."

Sememangnya mudah dan sekejap. Dua laman web ping yang popular adalah www.ping-o-matic.com dan www.pingoat.com.

Umumnya, disarankan anda ping setiap kali anda kemas kini blog anda atau setidak-tidaknya seminggu sekali. Ini akan memastikan laman web anda dilihat oleh enjin carian dan diindekkan secepat yang mungkin. Topik ping juga akan dibincangkan secara berasingan.

No comments: