Sunday, April 20, 2008

Pengformatan Mesej Anda

Mulakan dengan betul, pos mesej yang tajuknya sepadan dengan isi dan topik keseluruhan blog anda. Andaikan anda mempunyai blog tentang kucing peliharaan anda bernama Felix. Kucing anda melakukan sesuatu yang kelakar pada hujung minggu ini, jadi anda mahu menulis tentangnya dalam blog untuk berkongsi dengan pembaca anda. Tujuan utama bagi blog membuat duit ialah memastikan iklan AdSense yang dipaparkan adalah mengenai kucing supaya is natural dengan topik blog anda. Daripada menggunakan tajuk yang tidak jelas seperti "Pengembaraan Hujung Mingguku", gunalah suatu yang lebih khusus seperti "Pengembaraan Hujung Mingguku bersama Felix Kucingku."

Dengan hanya menggunakan "Pengembaraan Hujung Mingguku" sebagai tajuk anda, berkemungkinan besar AdSense akan memaparkan iklan seperti percutian hujung minggu dan topik lain yang tidak menarik minat pembaca blog kucing anda. Dengan memasukkan perkataan "kucing" dalam tajuk anda, malah perkataan "peliharaan haiwan" juga, anda akan lebih cendurung untuk mendapat iklan tentang produk kucing, yang mana lebih relevan kepada blog anda. Blog anda berkemungkinan besar akan tersenarai dalam enjin carian apabila orang mencari laman web tentang "kucing" atau "haiwan peliharaan."

Anda juga mesti ada pautan untuk setiap mesej blog anda. Ini adalah medan betul-betul dibawah tajuk anda dalam Blogger. Satu panduan yang balk dalam talian ialah sebarang pautan adalah bagus. Semakin banyak pautan yang laman web ada, semakin tinggilah kedudukannya di enjin carian. Kedudukan enjin carian yang balk bermakna lebih ramai pengunjung natural untuk laman anda, maka lebih banyak klik pada iklan AdSense anda. (Kita akan cerita tentang pautan dengan terperinci dalam Bab 9 eBuku ini.)

Di awal mesej teks, anda mesti ambil masa dalam menaip semula tajuknya dan menebalkan hurufnya. Di bawah tajuk ini, semestinya ada beberapa kata kunci untuk AdSense dan pengoptimuman enjin carian, diikuti oleh teks mesej anda .

Di dalam teks mesej itu sendiri, anda mesti gunakan seberapa banyak yang mungkin kata kunci. Nyatakan "kucing" dan "haiwan peliharaan" beberapa kali tapi pastikan ayat itu masuk akal dan sesuai, jika blog anda adalah tentang haiwan peliharaan kucing. Namun, janganlah anda menokok tambah ke dalam blog anda semata-mata untuk SEO dan AdSense kerana ini akan buat pembaca anda bengang. Anda perlu gunakan kata kunci tapi gunakanlah apabila is sesuai digunakan.

Satu lagi petua mudah yang boleh membantu anda menulis mesej yang menarik ialah pelbagaikan format teks anda. Jika anda mengatakan sesuatu yang panting - tebalkan hurufnya. Gunakan

teks yang Iebih besar untuk tajuk, subtajuk dan kata kunci. Tetapi janganlah buat pembaca anda bengang semata-mata kerana mahu tingkatkan kedudukan SEO ands. Jadikan teks mesej anda mesra pembaca dan tidak kelihatan seperti anda menciptanya hanya untuk SEO. Jika ada gangguan dalam pembacaan mesej anda dengan format yang pelik atau dipenuhi dengan kata kunci maka pembaca akan merasakan yang blog anda ialah tentang wang dan enjin carian, bukannya tentang pembelajaran dan hiburan mereka. Ini akan menyebabkan pembaca anda pergi kepada blog lain yang lebih menjurus untuk pembelajaran dan hiburan mereka dan kurang untuk pendapatan si penulis biog. Ingatlah bahawa bukan blog anda sahaja yang menceritakan suatu topik khusus, ada blog lain juga yang menceritakan topik yang sama. Walaupun begitu, anda boleh berusaha untuk menjadi blog yang terbaik dalam topik tersebut!

Cuba fikir seketika tentang siaran berita televisyen tempatan anda. Anda membuka televisyen untuk menontonnya selepas seharian berkerja dan kemudian anda dapati 95% adalah iklan komersial. Berkemungkinan besar anda akan kecewa dan akan menukar siaran. Anda akan merasakan bahawa seolah tiada apa pun di sana untuk anda tapi hanya hasil pendapatan pengiklanan untuk stesen berita tersebut. Samalah untuk pembaca anda, mereka tidak datang kepada blog anda untuk menjadi sasaran pengiklanan. Mereka datang kepada blog anda kerana mereka rasakan suatu hubungan dengan anda dan berminat dengan apa yang anda perlu katakan. Sajikan mereka iklan yang relevan sahaja tapi hidangkan isi kandungan yang terbaik supaya mereka boleh menerima pengiklanan itu tadi.

No comments: