Sunday, April 20, 2008

Pengoptimuman Enjin Carian

Bagaimana Enjin Carian Berfungsi?

Sebelum kita boleh berbincang tentang pengoptimuman enjin carian, anda perlu tahu dan faham perkara asas tentang bagaimana enjin carian berfungsi. Sementara prosesnya banyak membabitkan pengiraan matematik, jauh Iebih rumit daripada apa yang orang kisah untuk ambil tahu, saya akan cuba berikan suatu penjelasan yang amat mudah.

Sebuah enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN dsb... menghantar "lelabah" kepada laman web baru. Lelabah ini hanyalah sedikit kod atau boleh juga dikatakan satu program yang "merayap" laman web. Tindakan merayap laman web hanyalah menyalin halaman dan memuat turunkan salinan tersebut ke dalam pelayan web enjin carian.

Setelah lelabah merayap laman web tersebut, enjin carian akan mengindekskan maklumat yang diperoleh daripada salinan halaman yang ia baru dapat. Pengindeksan adalah tentang kata kunci, tag dan isi laman web itu sendiri.

Apabila anda pergi ke www.google.com dan meletakkan kata kunci sebagai carian, halaman "hasil carian" anda adalah berdasar halaman yang diindekskan daripada proses ini.

Jadi, amnya enjin carian menghantar lelabah kepada halaman anda, merayap atasnya, menyalinnya kepada pelayan mereka sendiri, mengindekskan maklumat yang ada pada salinan tadi dan kemudian menggunakan indeks tersebut apabila seseorang membuat carian.

Sebenarnya ia bukanlah proses yang semudah itu, tetapi itu sudah memadai untuk kita memahami secara asasnya apa yang berlaku.


Pengoptimuman Enjin Carian

Setelah anda menubuhkan blog anda dan berusaha untuk mendapatkan trafik terbanyak supaya mengunjungnya, anda akan terdengar tentang pengoptimuman enjin carian atau apa yang biasa dirujuk - SEO. Sementara bunyi pengoptimuman enjin carian menggentarkan, sebenarnya ia adalah proses yang mudah difahami. Mengambil kira SEO boleh mendatangkan Iebih ramai pengunjung kepada blog anda dan sekali gus menjana Iebih banyak pendapatan untuk anda kerana klik pengunjung pada ikian AdSense anda.

Buku ini akan membincangkan asas SEO tapi faham bahawa seperti fungsi sebenar enjin carian; berjilid-jilid buku boleh ditulis mengenainya! Sebagai kekecewaan tambahan, enjin carian tidak menyiarkan bagaimana sebenarnya ia memproses makiumat dan indeks. Ini bermakna, setiap orang yang cuba mengoptimumkan laman web mereka untuk enjin carian, hakikatnya membuat banyak tekaan dan mencuba-cuba untuk melihat apa yang memberikan hasil untuk mereka.

Apabila mencari sesuatu yang khusus dalam talian, anda tentu akan pergi kepada enjin carian kegemaran anda dan memasukkan kata kunci untuk mencari apa-apa maklumat yang anda inginkan. Sebagai contoh, jika anda mahu membeli kayu golf baru, anda mungkin akan pergi menaip "kayu golf" di dalam kotak carian www.google.com.

Kemudian enjin carian Google akan kembalikan kepada anda senarai yang barangkali mengandungi sejuta atau lebih halaman kemungkinan. Laman pertama yang anda lihat pada halaman hasil carian adalah laman yang berkedudukan #1 di Google, yang kedua adalah kedudukan #2 dan seterusnya. Dengan pengoptimuman enjin carian tujuan utama ialah untuk mendapatkan kedudukan yang tertinggi yang mungkin pada laman hasil carian apabila seseorang membuat carian terhadap kata kunci topik blog anda. Anda harus berada pada halaman pertama hasil enjin carian itu.

Bila pengunjung membuat carian melalui enjin carian dan kemudian mengklik laman web anda melaluinya, proses ini dirujuk sebagai pengunjung "natural" atau "organik." Mereka dapat ke laman web anda secara enjin carian "natural" dan bukannya daripada pengiklanan selainnya yang anda laksanakan. Tujuan utama pengoptimuman enjin carian adalah mendapatkan anda penjunjung natural yang seramai mungkin. Mengapa? Kerana mereka ini datang kepada anda tanpa anda perlu melaksanakan sebarang kerja dan kemudian mereka akan mengklik iklan AdSense anda. Ini adalah sejenis pendapatan pasif yang terbaik!

Kunci pengoptimuman enjin carian yang bailk ialah mendapatkan kedudukan setinggi mungkin di enjin carian, dengan anda hanya perlu melakukan kerja tambahan yang paling sedikit. Apabila seseoang membuat carian di Google untuk kata kunci yang juga topik blog anda, anda mahukan blog anda muncul di halaman hasil carian yang pertama tersebut, atau mungkin hampir kepada kedudukan yang tertinggi. Walaupun enjin carian menggunakan algoritma yang rumit dan rahsia dalam menentukan kedudukan laman web, terdapat beberapa perkara mudah yang anda boleh lakukan dapat membantu kedudukan blog anda setinggi mungkin. Anda seharusnya kerap mengeposkan catatan tentang topik anda, membina pautan, menggunakan kata kunci dan densiti kata kunci yang bagus, mentag catatan anda dan pinging dengan kerap. Mari luangkan masa dan lihat pada setiap satu cadangan ini dengan lebih terperinci.

No comments: