Sunday, April 20, 2008

RSS Feed

Mencipta RSS Feed

Dengan mewujudkan RSS feed untuk blog anda, pada asasnya anda boleh sindiket blog anda sepertimana komik dan siaran televisyen sindiket isi kandungannya.

Apa itu RSS feed? RSS merujuk kepada "Rumusan Laman Pengayaan" atau "Pengsindiketan Teramat Mudah" bergantung pada versi yang digunakan. Pada asasnya RSS ialah cara untuk menyalurkan berita yang terkini dan terkemas kini dari serata dunia ke dalam blog anda melalui internat.

Pembaca saluran RSS boleh menggunakan program pembaca dinamakan feed reader atau aggregator. Program ini boleh dimuat turunkan dan yang terkenal sekali adalah News Gator atau Bloglines.

Feed reader atau aggregator memeriksa laman web di mana pengguna melanggan untuk mengetahui sama ada apa-apa makiumat yang baru dan terkemas kini, jika laman terkemas kini maka feed reader akan menyalin makiumat baru tersebut supaya si pembaca boleh membacanya. Tujuan aggregator adalah supaya pembaca laman web tidak perlu sentiasa melihat sama ada laman sudah dikemaskinikan, pembaca daripada program RSS feed yang melakukan ini untuk pembaca laman web tersebut.

Penambahan RSS feed ke dalam blog Blogger amatlah mudah untuk dilakukan. Hanya pergi ke Dashboard Blogger, kemudian ke Setting, kemudian ke Site Feed dan masukkan sama ada anda mahukan sindikasi catatan yang penuh atau hanya sindikasi catatan anda yang sedikit. Anda kemudian boleh menambah butang sindikasi kepada halaman depan blog anda dan itu saja yang perlu anda lakukan. Dengan mengambil Iangkah yang mudah ini, pengunjung anda boleh melanggan kepada RSS feed anda dan mereka akan tahu bila laman anda dikemaskinikan!

Untuk blog yang menjana pendapatan, meninggalkan sindikasi ke dalam pilihan yang ringkas adalah yang terbaik. Ini akan memaparkan kepada pembaca anda bahawa laman anda telah dikemaskinikan, tetapi pembaca anda masih perlu mengunjung laman web anda untuk membaca mesej anda keseluruhannya. Ini memastikan yang mereka akan melihat iklan Google AdSense anda dan mungkin akan mengklik padanya. Anda mahu memberikan cebisan maklumat kepada pembaca anda melalui RSS feed supaya memastikan mereka kembali kepada blog anda dan dapat membaca teks mesej yang seterusnya.

Di blogger alamat standard RSS adalah seperti ini ;

http://blog-anda.blogspot.com/atom.xml

atau ada yang telah menukarkannya pada rss dan alamat nya ialah seperti ini :

http://blog-anda.blogspot.com/rss.xml

No comments: