Thursday, February 14, 2008

AdSense Untuk Menghasilkan Pendapatan

Banyak laman web dan blog menggunakan AdSense untuk mendapatkan pendapatan. AdSense adalah bagus untuk mendapatkan pendapatan kerana ia menyelaraskan iklan dengan isi kandungan laman web anda. Dengan hanya sekali pasang, AdSense juga memberikan anda peluang untuk menjual ruang iklan dan selepas itu boleh melupakannya, hanya perlu selaraskan sedikit lokasi blok iklan AdSense dalam laman web anda. Pendapatan pasif adalah pendapatan yang terbaik kerana ia membebaskan anda untuk melakukan kerja lain sementara AdSense sibuk menjanakan wang untuk anda.

Jika anda meluangkan sedikit masa dalam proses meletakkan kotak iklan AdSense dalam laman anda, dan memastikan tajuk dan isi kandungan penulisan anda adalah selari dengan topik blog, makan anda boleh membuat duit dengan AdSense tanpa perlu berfikir panjang lagi. AdSense merupakan punca pendapatan pasif yang sungguh hebat. Pendapatan pasif adalah sangat berharga dan sangat panting. Pendapatan pasif ialah menerima duit tanpa membuat kerja setiap hari. Ia merupakan satu kerja di mana anda memulakannya sekali sahaja, kemudian anda boleh berehat dan menerima duit daripadanya dari semasa ke semasa.

Salah satu cara untuk menerbitkan blog yang menghasilkan duit dengan jayanya ialah dengan mencari topik yang unik bagi blog anda . Mencari topik yang unik bermaksud anda tidak perlu memiliki banyak laman web untuk bersaing dalam enjin carian. Dengan cara ini, anda dapat menarik ramai pengunjung natural ke blog anda melalui enjin carian dan kemudiannya mereka akan mengklik pada iklan AdSense anda.

Terdapat pelbagai buku yang ditulis untuk mencari "topik" yang akan menjadikan sebuah blog terbaik untuk menghasilkan duit. Namun, cara yang paling mudah ialah dengan mencari topik yang anda minat dan lihat berapa banyak laman yang berkaitan di dalam hasil carian Google, semakin sedikit laman, semakin baik topik tersebut. Anda perlu faham bahawa apa saja topik yang anda cari, hasillnya adalah bertan-tan. Carian topik yang hasilnya lebih rendah daripada dua juta berkemungkinan menjadi pilihan yang baik bagi topik blog anda. Jika hasil carian melebihi sepuluh juta, is bukanlah topik yang terbaik untuk dipilih.

Jika anda memilih topik cacing bagi blog anda, ianya lebih mudah untuk mendapat kedudukan yang lebih tinggi dalam enjin carian berbanding dengan topik komputer. Terdapat berjuta-juta laman mengenai komputer, laman yang cukup besar yang dikhaskan untuk topik ini. Anda perlu bersaing dengan hebat untuk mendapat kedudukan yang tinggi dalam topik ini . Kenapa perlu bersaing dengan IBM dan DELL bila mana anda boleh mencari sesuatu topik yang lebih mudah untuk blog anda? Adalah tidak munasabah jika anda masih hendak mencubanya. Berpeganglah pada kata kunci yang sedikit hasil cariannya dan ands akan lihat perjalanan dan pendapatan AdSense Iebih bagus.

No comments: