Thursday, February 14, 2008

Mendaftar blog di blogger

Blog Blogger.com mempunyai antaramuka yang mudah dikendalikan, maka tidak hairanlah Blogger menjadi platform blog yang sangat dewasa ini. Sekira nya anda berminat untuk memulakan langkah pertama membina blog menggunakan Blogger, dibawah ini ditunjukkan langkah-langkah awal membina blog.

1) Intro

Pergi ke laman web Blogger.com dan klik pada butang anak panah yang berwarna oren yang bertulis "Create Your Blog Now"


2) Masukkan Informasi Anda

Masukkan nama pengguna (username), kata laluan (password), Taip kembali kata laluan (retype password), Paparan nama (display name) dan alamat email anda. Klik pada kotak penerimaan syarat (Terms of Service) dan Klik anak panah oren bertulis “continue”.

3) Beri nama blog anda

Namakan Blog anda dengan, memasukan tajuk blog, alamat url laman anda dan klik pada “check availability” untuk memastikan nama alamat url anda masih tidak digunakan. Sekira nya pilihan alamat url anda sudah digunakan maka pilih nama lain yang masih tidak digunakan selepas semuanya selesai maka masukkan abjad pengesahan yang tertera di kotak yang disediakan dan tekan anak panah oren yang bertulis “continue” .


4) Templates

Pilih template dari mana-mana pilihan template yang disediakan.

Mulakan Posting

Anda sekrang sudah sedia untuk melakukan posting. Letakkan tajuk, masukkan ayat dan klik “publish”.

No comments: