Thursday, February 14, 2008

Blog Yang Berjaya

Setelah anda mempunyai blog yang mengandungi AdSense, anda perlulah mula membuat mengepos catatan setiap hari atau dua hari sekali. Secara amnya catatan blog perlulah berkaitan dengan topik blog anda. Namun, anda juga boleh mengepos tentang apa-apa saja pada bila-bila masa. Jika anda mempunyai pandangan tentang politik atau apa saja pada hari itu, ands boleh mengeposnya ke blog. Anda tidak perlu menjadi penulis profesional untuk menjayakan blog anda. Bahkan, anda akan mendapati bahawa kebanyakan penulis blog bukanlah penulis profesional tetapi hanya menulis semata-mata untuk blog mereka sahaja. Anda hanya perlu minat pada topik yang anda poskan dan poslah sekerap yang mungkin dengan isi yang menarik.

Menghasil isi yang menarik bukanlah sukar sekiranya anda minat dan berilmu tentang topik tersebut. Anda boleh mengepos artikel, memberi ulasan produk, meminta orang lain menulis di blog anda, ataupun hanya menulis satu atau dua perenggan tentang apa yang ada dalam fikiran anda pada hari itu. Secara amnya, blog adalah tidak formal, jadi anda perlu sentiasa memastikan nada penulisan anda mesra dan mengepos mesej yang ditulis seperti anda menghantar e-mel kepada seorang kawan. Anda mahu pembaca melihat anda sebagai "kawan dalam talian" mereka. Mereka hendak merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada diri anda, ingin mengetahui segala­galanya tentang diri anda, apa pandangan dan pegangan anda.

Mempromosikan blog dalam talian adalah mudah dengan fail pengenalan (pengenalan file) yang boleh anda sertakan dalam penulisan anda di papan mesej internet , yang dinamakan forum dan mesej di dalam e-mel ands. Fail pengenalan ini akan menarik ramai pembaca kepada blog anda dan dengan merekalah, anda akan menjalinkan hubungan sdalam talian dari semasa ke semasa. Adalah lebih baik sekiranya semakin ramai orang yang membaca blog anda. Semakin ramai pembaca setia yang anda ada, semakin banyak pautan ke blog anda akan dikongsikan dengan rakan dan kenalan mereka. Anda perlu selalu menggalakkan mereka berkongsi pautan blog anda dengan rakan dan kenalan mereka yang mungkin berminat dengan blog anda. Semakin ramai pembaca yang anda ada, semakin besarlah pendapatan anda daripada AdSense.

Anda juga akan menerima pengunjung melalui enjin carian seperti Google dan Yahoo. Ini dinamakan sebagai pengunjung "natural" kerana mereka menjumpai laman anda melalui enjin carian. Terdapat beberapa perkara khusus yang boleh anda lakukan pada blog anda, dan catatan blog bagi membantu meningkatkan kedudukan anda dalam enjin carian dan menambahkan pengunjung natural ke blog anda. Proses meningkatkan kedudukan di dalam enjin carian dikenali sebagai "pengoptimuman enjin carian" atau SEO (search engine optimization). Dengan memahami bagaimana SEO berfungsi, is boleh membantu anda untuk menambahkan pendapatan melalui blog dengan menjadikan blog anda sebagai laman pertama yang akan muncul dalam senarai keputusan carian apabila seseorang membuat carian topik blog anda melalui enjin carian.

Salah satu cara yang popular untuk meningkatkan SEO ands ialah dengan meletakkan tag META dan kata kunci khas, pada setiap mesej yang dihantar. Ini merupakan satu proses yang mudah di mana ianya akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam eBuku ini. Untuk meletakkan tag, anda semestinya mahu menggunakan kata kunci yang bagus yang dapat menggambarkan isi kandungan blog anda. Dengan menggunakan densiti kata kunci yang bagus, anda boleh memberi maklumat tentang topik blog anda kepada enjin carian dan memperoleh kedudukan yang lebih tinggi daripada enjin carian. Penggunaan densiti kata kunci yang bagus adalah sungguh mudah dan senang untuk digunakan serta dapat memberi pulangan yang besar kepada blog anda .

Satu lagi cara yang mudah untuk meningkatkan SEO ands ialah dengan membina pautan blog anda di dalam laman web lain. Anda boleh melakukannya dengan mudah sambil mempromosikan blog anda . Anda boleh membina pautan blog anda dan meningkatkan kedudukan dalam enjin carian melalui penghantaran artikel dan pengumuman siaran akhbar (press release announcement) dalam talian. Anda juga boleh menyertai forum dalam talian dan menggunakan fail pengenalan untuk menghubungkan orang ramai ke blog anda. Dengan menyertai dan mengambil bahagian, anda akan menerima ramai pembaca ke blog anda. Pembaca ini kemudiannya akan memberitahu rakan dan keluarga mereka tentang blog anda dan pembaca blog anda akan bertambah ramai. Semakin ramai pembaca, semakin banyak klik pada ikian AdSense anda dan semakin banyak duit yang akan masuk ke dalam poket anda.

Dengan membina RSS feed pada blog, kandungan blog anda boleh disindiketkan sepertimana yang berlaku dalam buku komik dan siaran televisyen. Kita akan membincangkan mengenai RSS feed di bab yang lain eBuku ini. Memiliki RSS feed sudah menjadi satu kemestian kepada blog yang berjaya dan mewujudkannya adalah mudah di dalam Blogger.

Meningkatkan kedudukan enjin carian juga boleh dilakukan dengan pinging enjin carian tentang blog anda. Ada beberapa laman web yang anda boleh gunakan dengan percuma, membolehkan anda untuk melakukan apa yang dikatakan 'ping' enjin carian. Anda hanya pergi ke laman web tersebut, masukkan alamat blog, dan laman web itu akan memberitahu beberapa direktori blog dan enjin carian supaya melihat blog anda yang baru dikemaskinikan. Kekerapan berbuat demikian boleh meningkatkan kedudukan blog anda dalam enjin carian kerana enjin carian dapat melihat bagaimana anda menggunakan kata kunci dan meningkatkan kedudukan blog anda untuk carian kata kunci tersebut.



No comments: