Thursday, February 14, 2008

Tetapan Asas Blogger

Tab "Settings" dalam Blogger memberikan anda kawalan kepada Basic Settings (Kawalan Asas), Publishing (Penerbitan), Formatting (Pengformatan), Comments (Komentari), Archiving (Pengarkiban), Site Feed, E-mail (Emel) dan Permissions (Pengizinan) dalam blog anda. Di sinilah anda boleh menukar tajuk blog, membuat keterangan mengenai blog dan lain-lain pengubahsuaian yang menyentuh hal penampilan blog untuk anda dan pembaca anda.

Basic Seting Tab, paparan pertama yang anda nampak adalah Tajuk Blog (Blog title). Kemudian Penerangan blog anda (Disciption of your blog) kedua-duanya hendaklah di isi, kerana ia sangat membantu enjin mecarian mencari kandungan blog anda. Diikuti oleh menu Tambahkan blog anda dalam senarai kami? (Add your Blog to our listings?). Adalah amat perlu untuk kita menyenaraikan blog kita di Blogger untuk mendatangkan tambahan “Trafic”. Satu lagi perkara penting ialah untuk mengaktifkan Tunjukkan Email Post Link? (Show Email Post links?). Dalam keadaan asal menu ini disetkan kepada “tidak”. Ramai daripada kita mengabaikan menu ini, sedangkan ia adalah amat penting kerana kita tidak tahu mungkin ada orang yang akan mengemailkan nya kepada kawan mereka, secara tidak lansung ia akan mempromosikan blog anda. Yang terahir, jangan sesekali menggunakan atau mengklik pada menu Padam (delete).


Di muka kedua anda akan melihat Tab Penyiaran (Pubishing Tab). Terdapat dua menu disini, iaitu Alamat Blog*spot Address (Blog*Spot Addres), sekira nya anda sudah mempunyai rangkaian pengunjung yang setia, jangan sesekali anda menyentuh menu ini dan menu yang kedua pula ialah Hantar Ping (Send Pings) yang mesti ditanda kepada “Ya”. Ini akan membantu untuk menyenaraikan blog anda ke dalam Enjin carian dan sekiranya anda ada menghantar ke Technorati (akan dibincangkan kemudian) maka pilihan menu ini akan secara automatik menghantar “Ping” kepada Technorati dan halaman yang lain nya setiap kali anda mengupdated blog anda. Ini bermakna blog anda akan termasuk di dalam senarai pelbagai “updated terbaru” di web dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan.



Tab Pengubahan (Formatting tab) mempunyai satu senarai menu yang panjang, tetapi yang paling penting ialah pada menu pilihan yang pertama. Kenapa ia penting? Menu ini memaparkan piihan kepada kita menentukan berapa banyak posting yang akan dipaparkan di muka pertama blog. Kadangkala ada pemilik blog , menetapkan ia sehingga 200 posting…tetapi ia akan mengakibatan blog anda menjadi amat lambat dan lembab, perkara ini akan menyebabkan pengunjung meninggalkan blog anda. Pilihan yang bertepatan adalah sebanayak 7 post, bergantung berapa panjang entri anda.


Kemudian diikuti pula oleh Tab Ulasan (Comment Tab) , anda mesti memastikan bahawa menu ulasan (comment) diaktifkan. Anda juga harus mengaktifkan “tunjuk dan benarkan backlink” (show and allow backlinks) dimana ia bersangkutan dengan setting email di tab Setting asas (Basic setting Tab) dan ia akan membantu anda mendapatkan trafik ke laman blog anda. Topik Backlink akan saya terangkan pada masa yang lain. Untuk mengelakkan serangan spam , di sini terdapat dua menu untuk dipilih , samada anda boleh mengaktifkan menu verification for comments? atau mengaktifkan comment moderation?. Tetapi harus diingat, bahawa word verification for comments? akan menyukarkan pengunjung blog untuk memberi komen kerana terpaksa menaip kata laluan dahulu, pilihan yang baik ialah “moderate comment”, dimana anda boleh menapis sebarang komen sebelum diluluskan.


Di dalam pilihan Tab Arkib (Archiving Ttab), pilihan asal sudah mencukupi.

Tab Site Feed adalah amat penting , ia juga bagus untuk blog anda dan menambahkan bilangan pembaca blog, dimana ia akan menggalakkan pengunjung untuk melanggan “feed” anda dan membaca entri tanpa melawat blog anda. Nanti..tentu anda akan bertanya untuk apa pengunjung hendak dating ke blog anda sekira nya mereka boleh mendapatkan kemudahan dan keselesaan membaca bahan blog anda dari sumber yang lain? ‘Feed” memang boleh menambahkan bilangan pelawat ke laman blog anda dengan cara penyampaian mulut kemulut. Dimana anda akan memberikan sebahagian dari “feed” anda dan mereka pasti mengali dan mendalami lagi isi blog anda. Blogger ada menyediakan Atom feed sebagai setting asal anda boleh juga menambah produk yang lain. Tidak kira apa jua jenis fedd yang anda guna, Atom atau RSS , anda sepatut nya mengaktifkan sepenuh nya “feed” anda.

* Feed burner akan dibincangkan dalam topik yang lain.

Tab Email juga sangat membantu anda. Blogger yang cerdik akan memastikan setiap entri mereka “dibackup” , dan blogger telah memudahkan kerja anda. Isikan alamat e-mail anda dalam kotak “Blog send Address” dan Blogger akan menghantar setiap entri anda yang di post ke dalam email anda. Anda juga boleh mengkhaskan sebuah “folder” untuk setiap e-mail dari blog ini. Satu lagi cara ialah membuat satu email baru yang dikhaskan untuk “backup” segala posting dari blog anda.

Akhir sekali Tab Kebenaran (Permission Tab). Di sini anda boleh menetapkan blog anda untuk menjadi sebuah “Team blog” , di mana ahli boleh , mengubahsuai kandungan blog tersebut. Di dalam menu Pembaca blog (Blog reader), anda mesti menetapkan pilihan untuk membolehkan semua pengunjung membaca kandungan blog anda.

No comments: