Thursday, February 14, 2008

Masa Depan Penulisan Blog

Walaupun tiada siapa yang tahu masa depan penulisan blog, tapi saya agak pasti bahawa banyak perkembangan yang hebat akan berlaku. Kebolehan memasukkan audio dan video dalam blog menjadikan blog anda sangat peribadi dan akan mengagumkan pengunjung anda.

Sebenarnya anda boleh memiliki siaran televisyen atau radio sendiri melalui biog. Bayangkan pergambaran secara langsung satu jenayah atau peristiwa ditunjukkan dalam blog anda sebelum mana-mana stesen berita dapat menerbitkannya! Dan yang paling syok sekali, anda boleh melakukan apa saja dalam blog dengan percuma atau pada kos yang rendah!

Walaupun penulisan blog masih baru, ada beberapa blog yang jauh lebih baik mendidik dan menghibur pengunjung daripada laman web biasa. Zaman membina laman web dan tidak mengemaskinikannya sudah berakhir, sama ada untuk perniagaan mahu pun laman web keluarga. Pengunjung web mahukan pengemaskinian yang kerap. Mereka lebih suka melihat blog dalam laman web anda. Mereka tahu, sekiranya ada blog, mereka akan dapat membaca perkara terkini dan menarik, yang berlaku dalam perniagaan atau keluarga anda. Jika anda mempunyai laman web, bersamanya perlu ada blog yang bagus.

Terdapat banyak cara untuk menghasilkan wang daripada blog seperti Google AdSense dan program affiliate. Dengan perubahan web dari semasa ke semasa, sudah pasti akan wujud pelbagai cara baru untuk menghasilkan wang daripada biog. Perniagaan besar dan kecil mengetahui ramai orang yang membaca biog. Perniagaan hanya mahukan iklan mereka dilihat oleh orang yang berminat dengan produk atau servis yang ditawarkan. Blog adalah tempat yang terbaik bagi tujuan ini. Sebagaimana log web telah berubah menjadi blog sedia kala, pasti ia akan melalui beberapa perubahan di masa akan datang. Bayangkan dalam tempoh yang singkat ini, blog telah berubah dengan sebegini rupa, bagaimanakah ia akan berubah dalam masa 5 ke 10 tahun akan datang! Adakah anda akan menjadi sebahagian daripada evolusi ini dan memperoleh hasil daripadanya? Pada masa akan datang, adakah anda mempunyai blog yang mantap yang boleh mengaut keuntungan yang banyak? Kami berharap begitulah!

No comments: