Thursday, February 14, 2008

Progam Carian AdSense

Google juga menawarkan program tambahan kepada AdSense yang dinamakan "Carian untuk AdSense". Program ini membenarkan anda menjadi hos bagi kotak carian Google pada laman atau blog anda. Apabila pengunjung membuat carian melalui kotak carian di blog atau laman anda, anda akan dibayar sekiranya mereka membeli sesuatu dalam talian daripada carian tersebut . Google tidak membayar anda atas carian yang dibuat tetapi pembayaran dibuat atas pembelian yang dibuat pada mana-mana tempat hasil carian daripada laman web anda.

AdSense for Search dapat menjadi penjana pendapatan yang hebat untuk anda. Andaikan topik blog ialah tentang membaiki peralatan. Seseorang telah menemui laman anda dan dia mencari maklumat tentang masalah mesin basuh yang sedang dihadapinya. Anda mempunyai kotak carian Google pada blog anda. Setelah pengunjung membaca cadangan dan saranan anda, dia membuat keputusan untuk membeli mesin basuh baru. Mungkin anda ada membuat ulasan tentang mesin basuh yang bagus, yang mungkin dia akan pertimbangkan untuk membelinya. Jika dia membeli mesin basuh tersebut anda akan memperoleh sedikit hasil daripada pembelian tersebut kerana cariannya bermula di blog anda. Hebatkan? Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menjadi hos bagi kotak carian di blog anda!

No comments: