Thursday, February 14, 2008

Nama Yang Sesuai Untuk Blog Anda

Memilih nama yang sesuai untuk blog anda, adalah suatu perkara yang amat penting. Pilihan nama blog yang betul boleh membezakan di antara blog yang menyerlah dan blog yang tidak menyerlah. Terdapat beberapa elimen penting dalam merangka nama untuk Blog anda antaranya :

1- Ejaan

Adalah penting nama untuk blog anda mudah untuk dieja. Sekira nya pengunjung blog anda tersalah eja nama blog anda, bermakna jumah pengunjung blog anda akan berkurang. Ini adalah kerana ejaan blog yang salah menyebabkan pengunjung sukar untuk ke blog anda.

Kesalahan mengeja nama blog anda akan menyebabkan pengunjung merasa keliru dan mengalami kesukaran untuk menaip alamat “url” laman anda semasa mereka mencuba untuk mengakses laman blog anda.

Pastikan nama blog dan alamat “url” anda tidak mengandungi aksara yang ganjil dan terdapat terlalu banyak kombinasi nombor. Kerana aksara yang ganjil dan kombinasi nombor akan menyebabkan pengunjung sukar mengingati alamat “url” blog anda untuk kunjungan kali kedua.

Tidak semua pengunjung akan “Bookmark” laman blog anda pada kunjungan yang pertama. Mereka biasa nya hanya akan melakukan "Bookmark" setelah beberapa kali siri kunjungan ke Blog anda.

Jadi, pastikan Blog anda mempunyai nama yang pendek, mudah dieja, tidak terlalu banyak mengandungi aksara yang ganjil dan tidak mengandungi terlalu banyak kombinasi nombor.

2- Isi Topik

Satu lagi elemen penting dalam menentukan nama blog anda ialah isi topik blog tersebut. Nama blog bukanlah hanya bermakna dengan meletakkan nama pemilik blog atau “blog” itu sahaja, tetapi nama blog mestilah berkaitan dengan topik yang dibincangkan di blog tersebut.

Ramai pemilik blog mempunyai beberapa blog yang mengandungi topik yang berbeza bagi setiap blog mereka.

Oleh itu adalah amat mudah untuk pengunjung mengingati nama blog anda sekira nya ia serupa dengan isi topik blog tersebut.

3- Keupayaan mengingat

Adalah amat mudah untuk mengigati nama blog yang pendek, mudah dieja dan berkaitan dengan topik. Oleh itu keupayaan mengingat pengunjung adalah amat penting. Para penulis blog (Bloggers) biasa nya mahu pengunjung menyebarkan tentang topik perbincangan blog mereka serta nama blog tersebut. Sekira nya nama bog anda terlalu panjang, ini akan menyebabkan pengunjung akan melupakan nya.

4- Daya Tarikan

Fokus harus diberikan untuk memastikan nama blog anda berjaya menarik perhatian pengunjung. Nama Blog anda seharus nya akan menyebabkan pengunjung akan merasa tertarik dan ingin tahu apakah yang ditulis di dalam blog anda. Seterusnya akan menarik pengunjung melawat ke blog anda. Pegunjung akan menilai sejauh mana keberkesanan gaya penulisan anda dan betapa penting nya maklumat yang boleh di dapati di dalam blog anda Sekira nya blog anda amat membosankan pengunjung pasti akan menghindari blog anda.

5- Enjin Pencari

Tidak kira sebagus mana pun nama blog anda, pasti tiada pelawat yang akan mengunjunginya jika mereka tidak tahu di mana "pintu masuk" nya. Maka adalah amat penting blog anda mempunyai “kata kunci”. Sekiranya “kata kunci“ blog anda tidak selari dengan nama blog, maka seharus nya nama blog anda mestilah pendek dan mudah dicari. Contoh nya sekira nya terdapat blog berkenaan “Wang” maka menamakan, “Blog Wang Emilia” lebih mudah dicari berbanding nama “Blog Membuat Wang Emilia”.

Antara topik penting untuk dibincang :

1) Niche

2) Kata kunci yang bernilai tinggi

3) Jumlah Carian Kata Kunci yang tinggi

4) MetaTag

5) Mendaftar URL Blog di Enjin Pencari

No comments: