Thursday, February 14, 2008

Membuat Duit dengan Blog

Penulisan blog merupakan satu-satunya model perniagaan baru yang benar-benar "percuma" di internat. Anda boleh mendaftar akaun blog dengan percuma seperti di Blogger dengan senang dan cepat. Kemudian, anda boleh menambahkan AdSense dan pautan web yang ada hubungan dan kaitan dengan blog anda serta menghasilkan duit daripada pengunjung yang klik pada pautan web tersebut. Ini dinamakan membuat duit dengan biog. Anda boleh membuat semua ini tanpa berbelanja satu sen pun daripada duit anda sendiri .

Google telah memulakan sebuah program yang dinamakan AdSense. AdSense digunakan oleh pemilik laman web untuk membuat duit


dengan menjadi hos iklan perniagaan orang lain di laman web mereka. Blog juga boleh menjadi hos kepada iklan AdSesne walaupun ia menggunakan servis blog yang percuma. Google memiliki Blogger dan AdSense , jadi kedua-duanya diprogramkan supaya dapat digunakan dengan mudah oleh sesiapa sahaja. Oleh kerana kedua-dua program ini dimiliki oleh Google, apabila digabungkan bersama ia berjalan dengan amat lancar sekali.

Dengan AdSense, anda hanya perlu tampal kod program yang dibuat untuk anda kepada templat Blogger. Kemunculan iklan pada blog anda bergantung sepenuhnya kepada lokasi dipilih untuk menampal kod AdSense di dalam templat anda. Dalam eBuku ini nanti kita akan menerangkan bagaimana untuk menghasilkan kod AdSense dan dimana sepatutnya kod AdSense perlu diletakkan di dalam blog templat anda .

Sebagai tambahan, AdSense membenarkan anda menyatukan isi kandungan blog anda dengan iklan yang dipaparkan. Ini akan membantu dalam membuatkan iklan AdSense kelihatan seperti isi kandungan blog anda dan bukan seperti papan pengiklanan.

AdSense juga dapat mengesan iklan yang berkaitan dengan topik dan isi kandungan blog anda. Contohnya, kalau anda mempunyai blog tentang penjimatan wang, maka AdSense akan menyediakan iklan berkaitan dengan khidmat kupon, hadiah percuma dalam talian dan pelbagai iklan yang bersesuaian dengan topik blog anda. Dalam blog penjimatan wang, anda tidak akan melihat iklan yang tidak berkaitan seperti iklan penjagaan haiwan atau produk teknologi.


Bagaimana anda boleh membuat duit dengan AdSense? Google akan membayar anda apabila pengunjung klik pada iklan AdSense di laman anda. Ini dinamakan "click through". Google akan membayar anda jumlah wang yang berbeza-beza bergantung kepada iklan mana yang diklik.



No comments: